silent reader(s)

Duit Tak Cukup

9 balasan ikhlas


Sekiranya kita menunggu duit berkarung-karung baru nak keluarkan duit untuk kebaikan , nescaya duit kita takkan pernah cukup . dah tahu duit takkan cukup , kenapa nak bersedekah kan ? bagi diri saya , masa kita kesempitan duit lah waktu untuk kita bersedekah . tak boleh ? nak top up ? nak tukar telefon baru ? tambang bas ? mudah-mudahan entri ini dapat menerbitkan satu rasa asing dalam hati individu yang tidak gemar bersedekah selama ini dan pada masa yang sama tidak pula membenihkan rasa riak dalam hati saya . 

" aku sendiri pun bawah tanggungan ibu bapa , inikan pula nak bersedekah..tunggu kerja nanti la "
" peminta sedekah tu semua penipu belaka , entah-entah lebih kaya dari kita "
" hish , tak payah lah bagi sedekah kat budak tu , nanti duit tu bukan dia dapat pun , agen yang kaut semua! "

Frankly speaking , saya sendiri pernah mengeluarkan dialog kebiasaan seperti diatas sebelum ini . namun , selepas dengar penerangan orang Alim bahawa jika kita bersedekah walhal peminta sedekah itu seorang penipu , dua ganjaran pahala buat kita , pahala bersedekah dan pahala ditipu . sistem Allah Subaha Naallah Taala tidak terbanding sempurnanya , bukan sistem dunia yang dicipta manusia yang kalau orang tengah menipu , duit kita melayang , bil-bil jadi tertunggak , kita dapat habuk saja kan ?

Saya yang dulu bukan lah seorang yang kedekut tapi lebih kepada sifat utamakan keperluan diri .asal bunyi macam sama saja ? bukan nilai matawang jadi ukuran tapi niat untuk bersedekah itu sekiranya luhur kerana Allah , maka berkat lah hidup di dunia yang serba kedekut sekarang . bersedekah bagi saya sudah seperti alah bisa tegal biasa , memang perih waktu nak mulakan hobi bersedekah , " RM 1 tu boleh beli air milo ori kat pasar malam tu.. " , " RM 1 tu campur dengan RM 34 dalam tabung tu boleh beli sweater ala korea dah tu.. " , " RM 1 tu boleh beli karipap besar yang isi sikit tu.. " itulah antara hasutan nafsu kedekut yang hampir kesemua manusia pernah alami termasuk saya . seriously , amalan baik macam ni waktu mula memang macam Nauzubillah , Ya Allah ... MasyaAllah... Redhakan-redhakanlah hati ku Ya Allah .. tapi kan bila dah terbiasa , bila makcik yang saya selalu hulur sedikit sumbangan kat pasar malam tu takda , saya pula jadi tercari-cari .. ini bukan bajet ya . InsyaAllah . seeloknya makin hari makin bertambah la jumlah sedekah , jangan pula dalam bersedekah pun masih tak hakis sikap kedekut kita .

" Dia boleh la , mak ayah orang senang , kita ni cukup-cukup makan saja , nak bersedekah ? "
" Kau nak sedekah , kau sedekah sorang-sorang , benda macam ni bukan boleh dipaksa , nanti tak ikhlas "
" Tunjuk baik konon , boleh dapat pahala ka orang camtu ? "

Memang , nak bersedekah secara terbuka contohnya di pasar malam , dua perkara yang mungkin berlaku , niat kita terpesong saat duit bertukar milik atau kita dijadikan bahan sindiran orang yang melihat . sebaiknya selepas bersedekah terus jalan tanpa berlengah , itu mungkin cara saya untuk bagi orang sekeliling tak perasan muka saya , mungkin anda boleh cuba ? (kukihkukih) lagi pula , orang lain kan tengah sibuk tawar-menawar , nama pun pasar malam , syurga bagi mereka bermuka bargain dengan selera besar :l

Satu perkongsian lagi , bagi mereka yang pernah berniat untuk membeli tanah wakaf tapi tidak tahu lokasi yang tepat dan boleh dipercayai untuk mula , saya sarankan berwakaf lah di Pejabat Pos Malaysia , ini bukan lawak , Pos Malaysia sudah menjadi agen pelbagai dah tau sekarang . saya sendiri baru berwakaf hari ini untuk pembinaan kolej bagi anak-anak yatim dan bertempat di Setiu , Terengganu, semoga berkat bersedekah pada hari Penghulu Segala Hari . ambil nombor giliran , isi borang ringkas , bayar duit , terima resit , tak sampai setengah jam pun , namun kebaikannya , Allah SubahanaAllah saja yang Maha Mengetahui . 

Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala.

Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama’) berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.

Ia merupakan suatu amal jariah iaitu pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah Subhanahu Wa Taala kepada pewakaf selagi mana harta atau sesuatu yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.

Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah Taala, dengan demikian kedudukan harta waqaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah ( diberi ) , diwarisi dan dipusakai.

Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala seperti firman Allah :

﴿ مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةٍُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ ﴾
سورة البقرة : ۲٦١

“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.
( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )

Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud "

عَنْ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ : ‏ ‏إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. ‏
﴿ رواه مسلم ﴾

“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya."
( Hadis Riwayat Muslim )

Hikmah Berwakaf

- menzahirkan pengabdian diri kepada allah s.w.t sebagai langkah mendekatkan diri kepada allah s.w.t ,
- mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia
- berkongsi manfaat dikalangan umat islam dalam menyemarakkan syiar islam.
- mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah
- mengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset umat islam di Malaysia khususnya.

" waqaf is like what small seeds could grow supreme deeds "

 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be