silent reader(s)

Khasiat Senyuman

2 balasan ikhlas


1.     Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

2.     satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

3.     kita hanya menggunakan 17 otot muka untuk senyum berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4.     Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5.     Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.namun jika ketawa berlebihan , anda perlu pemeriksaan pakar jiwa .

6.     “ Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.

7.     Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8.     Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

9.     merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

10.   Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.

11.   Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

12.   Ketawa dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.

13.   mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah .

14.   Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramal makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).


Senyum umpama suria yang membawa cahaya , senyum lah dari hati senyuman mu kan berseri :D
bersederhanalah dalam sesuatu perkara .

Onomatophobia - Fobia Pada Nama

1 balasan ikhlas


Pengalaman yang pernah kita alami atau bakal hadapi , semestinya pengalaman yang baik kita akan seronok bila teringat , kalau sebaliknya ? Pengalaman bersifat mengajar kita , bukan untuk menakutkan kita , bukan juga alarm untuk meletakkan diri kita dalam sesuatu zon selamat . boleh bayangkan hidup tanpa pengalaman ? " anda pernah terjatuh tak ? " "tak." "anda pernah masuk hospital ? " , " tak . " "anda pernah bercinta ?" , " tak ." ok . ada pepatah yang tak diketahui asalnya yang berbunyi " if you did nothing wrong throughout your life , you did nothing in your life " . idak lah bermaksud kita perlu buat kesalahan , idaklah wajib buat kesalahan , cuma kita perlu reset mind setting kita yang meletakkan pengalaman buruk itu teruk dari beruk . sometimes we just got to let the hurts go , the pain dissapears , but not what the experience itself taught us .

Sedikit perkongsian bersifat agak peribadi , saya tak berapa selesa bila mulakan perkenalan dan mereka bernama seperti Saiful , Amira , Mimi , Nabila . hanya setakat itu yang boleh saya kongsikan , fobia kecil saya yang paling terbaru buat masa sekarang bermula dari tahun 2011 , yang lagi baru tiada lagi ya . setakat ini saya baru jumpa seorang individu yang ada fobia nama macam saya , saya nasihatkan dia , " jangan sebab seorang jahat guna nama yang sama , semua yang guna nama tu pun akan jahat " , tapi hakikatnya saya sendiri masih terikat dengan fobia kecil ini . 

Selalunya orang yang menghidap certain fobia , individu tersebut cenderung pernah alami sakit dari segi fizikal atau mental dari sesuatu sumber berkaitan yang menyebabkan dia bencikan atau hindari sesuatu yang buat dia rasa insecure , tak selesa dan sebagainya . sebaiknya , jangan lah kita mentertawakan jenis-jenis fobia yang orang di sekeliling kita alami . jangan lah pula takutkan sesuatu yang lain melebihi rasa takut kita pada Allah pula . saya rasa tak ada salahnya kita alami fobia semulajadi dari pengalaman lampau , cuma jangan layankan sangat saja , untuk menghalang reaksi dalaman seakan sukar cuma kita perlu atasi sekiranya fobia yang kita alami itu menandingi kewarasan akal dan menjejas diri kita sendiri .

Setiap lagu ada kisahnya , setiap gambar ada kenangannya , sebalik fobia ada pengalamannya ?

Busier Like Ever

2 balasan ikhlas



First of all , i wanna say Happy Women's Day World to all beautiful mama across the globe , not to mention also my sweetheart , at last but not least to all the women bloggers here . seriously i cant imagine the world without women , a man without wife , a kitchen without a chef , a Mr Right without a Mrs Always Right
-.- the worst nightmare ever

Since i just got into new sem recently , it takes time for me to get used to adapt a life as a student , again . suit myself , this sem turn out to be a really rushing hours , assingments seems like hell , i'l have my first presentation for tomorrow , and i'm updating my blog , yeah ! 

Please , as all of you praying for MH370 to be found as fast as possible , do pray for me too , that would be great having prayers from all of you , dont forget study is jihad :D


 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be