silent reader(s)

Lelaki Tak Guna

8 balasan ikhlas


Assalamualaikum . mesti ada yang fikir entri ni ada kaitan dengan khutbah jumaat hari ni . betul tu .. memang takda kaitan . pagi tadi saya keluar membuang sarap , singgah di kedai berdekatan pasar . lepas pesan air holick dengan 1 set cucur udang , saya pun jadi tugu kehormat selama beberapa minit . semasa kusyuk jadi tugu di situ , saya sempat tangkap butir perbualan dua orang makcik . makin difahami , mereka sedang berbicara soal kahwin lain , datang pula seorang awek perempuan muda cerah warna kulitnya menyapa mereka dengan ayat " takdak,takda aih,tak mau kahwin lain .. " . ligat otak berfikir dan come out dengan idea , awek muda ni janda ka .. perempuan muda tu pun bergegas pergi sambil bercakap dalam telefon . " nak kahwin lagi buat apa , kahwin pun kita yang kena kerja " mula salah seorang makcik kat situ . " kahwin pun takat nak b***** sekali sekala saja " , uii tersentak sat saya dengar . " hurm sekali sekala apa , tak mau dah aih " , sambung makcik yang duduk dihadapan makcik yang mulakan isu 18sx tadi . ya , aku masih disitu , semakin tugu-kan diri . adakah itu punca makcik tadi usha rapat kat aku masa aku masuk kedai tu .. begitu tidak bergunanya lelaki zaman sekarang di mata makcik dua orang ni ? 


adakah ini kerana penangan lagu ni ? 

berdasarkan pengamatan saya , makcik pembuka topik tu bercakap berdasarkan pengalaman terdekat , mungkin dirinya sendiri tidak diperlakukan dengan baik oleh suami atau bekas suaminya . sampai ke situ jauhnya kenyataan yang dikeluarkan . isu macam tu tak sedap dibahas di tempat umum , selain sensiviti jantina , kita perlu juga jaga adab pertuturan kita bila di khalayak kan ? rasa nak mencelah tapi tak dijemput pula . tak semua lelaki camtu makcik naa , masih ada yang betul-betul jaga kebajikan isteri , tapi yang pasti lelaki baik yang jumlahnya agak ciput , sekarang market mereka sangat lah tinggi , jarang dijumpai dalam versi single & available . kalau jumpa , ikat kejap-kejap . ehem . 

"Lelaki memang tak guna  .. " itulah ayat terakhir yang aku dengar sebelum aku berangkat..fuuhh

 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be