silent reader(s)

Keep Your Private Life Private

4 balasan ikhlas

Sekarang dah macam hujan social networking kan , bermula dengan friendster , myspace , facebook , twitter , whatsap , wechat , kakaotalk , tapi semua tu jika dibandingkan dengan laman blogspot agak berbeza sebab blogspot umpama medan evergreen bukan trending macam yang lain-lain , myspace umpamanya dulu sangat digilai sekarang kemana menyepi ?

Kemunculan bersilih ganti laman jaringan percuma untuk kita bersosial dengan masyarakat seharusnya digunakan sebaik mungkin . pensyarah sekarang kebanyakannya nak assesments atau assignments submittion via email , nak praktik pendidikan maya katanya , saya pun baru nak aplikasikan , ya , hampir di hujung-hujung semester yang berbaki kurang dari setahun ni . bila difikirkan balik , macam cantik ja belajar maya , wow , dalam bilik .. depan laptop .. secawan holick kat tepi .. selesanya belajar maya xD 

Di tengah keriuhan media tidak bersurut mengenai MH370 , bahangnya masih terasa di blogspot ini . bukan lah tidak mahu mengikut arus , cuma saya rasa terlalu ramai sudah pengulas tegar kejadian tersebut , kehadiran pengulasan dari saya umpama melukut di tepi gantang rasanya nanti . bukan pula tidak peduli , tidak mengambil pusing atau muak , cuma saya mengikuti perkembangan melalui saluran yang sahih sahaja , bukan pula blogspot tidak sahih , namun harus diakui maklumat dari blogspot harus ditapis sebelum diterima pakai .

Kembali pada tajuk entri , dalam melayari arus perdana yang juga dikenali zaman edan iaitu zaman gila dan dalam konteks yang saya inigin bicara di sini adalah gila kecanggihan dengan jaringan hubungan sosial yang semakin hari semakin mudah , ada segelintir individu yang tidak begitu memahami jangkauan seremeh -remeh maklumat peribadinya yang dikongsi di laman sosial boleh mengundang bahaya kepada dirinya sendiri . tak semua perkara perlu dihebah pada umum , bercakap bila ada ilmu untuk disampaikan , berdiam bila tiada yang bermanfaat untuk dibicarakan , begitu juga lah dengan kemaskini status di Facebook , Twitter dan sebagainya . kehidupan peribadi kita harus kekal sebagai peribadi , contohnya nombor telefon , nama penuh , bukan dijadikan bahan hebahan yang sia-sia di laman-laman sosial .

Tak kurang juga perkongsian masalah rumahtangga , sangat tak patut dikongsikan dengan umum . ya , betul kita perlu meluahkan perasaan atau tekanan dalaman dengan luahan rasa , sebaiknya cari seseorang individu yang boleh diterima pakai kata-katanya , bukan meluah tekanan di laman sosial , bukan juga berkongsi dengan seseorang yang mendorong kita ke arah jahanam juga . masalah dalaman keluarga sebaiknya diselesaikan dalam kalangan keluarga , bukan di laman sosial . sebagai seorang anak , isteri , mahupun seorang suami , tindakan meluahkan kekecewaan terhadap ahli keluarga pada pengetahuan umum sangat tidak profesional . jika anda salah seorang yang gemar berbuat demikian , henti-hentikan lah .


man jadda wa jadda xD





 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be