silent reader(s)

Jangan Terhantuk Baru Terngadah

8 balasan ikhlas

Tajuk macam jatuh cinta dalam musim tengkujuh pun ada . yang pasti entri ni mengenai punca saya tak aktif blogging selama seminggu dalam bulan Januari yang lalu , itupun kalau ada orang perasan la kan . rasanya ekoran dari tak aktif seminggu tu lah buat saya hilang hati untuk ber-blogging , hilang sangat la kan . entri pun dah tak tubik selalu kan cuma bila saya rasa perlu sahaja .

Tanpa membuang masa , toraaa !!! tak payah check la ejaan taraaa ka toraan tu .. tengok kat bawah ni , ni lah hidangan kesayangan yang membuat saya terlantar dalam bilik selama seminggu sebab demam panas .



ini cerita benar , bukan mainan perasaan lagi , sejurus pekena ais kacang dengan air soya , maka bermula episod pilu demam panas diserikan lagi dengan sakit tekak . setelah beberapa hari , baru lah saya ambil inisiatif untuk membeli ubat-ubatan di bawah ni . semua item adalah penyumbang sampingan kepada kesembuhan saya , Maha Penyembuh Segala Penyakit adalah Allah , ini adalah ikhtiar saya sebagai manusia .





Take noted Uphamol 650 tu jangan overdose nanti fly sampai sky :l
** terngadah sinonim kepada mendonggak
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be