silent reader(s)

Pengunjung Ghaib dan Pageviews

2 balasan ikhlas

Search keywords , Spammer , dan Pageviews anda

Dah rope tulisan budak darjah tiga bergaris semacam ya , kalau ada makluk Allah yang perasan , saya dah buang shoutbox saya ( isk.isk.sik.singh.erk) akibat terlalu terpegun dengan kebanyakan blogger senior yang memilih untuk pinggirkan element sosial tu , saya pun terpanggil untuk mencuba .

as you can witness for urself , and yeah , agak menjunam pageviews saya berbanding masa ada shoutbox dulu . saya yang baru lahir dalam dunia blogging ni belum cecah setahun pun lagi , minta jangan gelakkan total pageviews saya , juga total search keywords saya , idak lah beratus cariannya seperti blogger yang sudah megah berkarya . DAN , saya tiada advertorial , tiada tutorials , tiada entri yang memujuk hati pengunjung untuk singgah selalu , TAPI , saya tak jemu menguar-uarkan keberadaan blog ini .

selain resah menyahut seruan ghaib blogger senior yang tidak memilih element sosial atau bahasa ringkasnya cbox , sebab lain saya buang cbox saya adalah kerana spammer , betul tak istilah ni ? golongan blogger yang rajin menyinggah blog saya sambil membawa link iklan berserta nama ghaib yang mati-mati tak boleh di-klik tu . but wait , after i'd removed cbox , i'd never seen them since then . ada baiknya juga kan buang cbox ni ?
malangnya , pageviews juga seperti menyepi sendiri seakan bersedih dengan kehilangan para spammes yang setia berkunjung ke sini (walaupun tiada entri terbaru) untuk meletak link iklan mereka , not to mention also their ghaib name -.-

alhamdulillah , search keywords saya tidak lah dapat menandingi misteri search keywords di blog Glamourous by Bella Luna , berdasarkan petikan gambar diatas , tuh ayat bajet apa dah , boleh dikatakan saya agak berjaya dalam menjadi pengedar sah produk tersebut , agak teruja untuk tahu sapa yang seacrh entri Jenama minyak wangi Gatsby , bagi yang search entri Cinta Seorang Perempuan Kasar wajib kecewa sebab takkan jumpa dah tajuk tu sebab tajuk dah bertukar sejak seabad yang lalu ya . khas bagi individu yang mencari entri Aku Pakai Sabun Al-Razi , sila buat carian dua abad akan datang kerana memang tiada wujud sabun tersebut dalam blog ini , as far .

siapa kat sini mati-mati tak setuju dengan pengisytiharan saya bahawa adanya hubungan sulit atau istimewa diantara search keywords , spammers , dengan cbox/shoutbox kita ? ini hanya lah pandangan satu sisi dari saya , diadaptasi dari kejadian sebenar yang menimpa saya dan keluarga widget di sini termasuk pageviews yang semakin mengasingkan diri dan seperti kekurangan calciyum . saya tak tahu nak sarankan untuk meletak atau membuang , setiap element ada sisi pro dan kontra kan ? sendiri menilai , boleh ?

 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be