silent reader(s)

Berhenti Menempurung Diri

3 balasan ikhlas


Seriously , saya tak berapa pasti kewujudan perkataan 'menempurung' , sila check kamus Dewan Bahasa & Pustaka ya . yang pastinya , kata ini ditarik dari perumpamaan ' bagaikan katak bawah tempurung ' atau dalam bahasa barat digelar ' frog under the shell ' . since saya tak pasti wujud atau tidak perkataan itu , marilah teliti pencerahan sesat oleh saya mengenai definasi 'menempurung diri' dari pandangan saya .

definasi : fikiran dipengaruhi kebiasaan , tidak berani berfikir diluar kotak standard , rasa selamat berada di suatu takuk atau tahap yang ramai didiami mentaliti kebanyakan orang , individu sebegini berani bersuara pun kerana keberanian majoriti bukannya atas kefahaman dirinya sendiri .

setiap hari ada saja info terkini yang dikemaskini di internet , tak kira apa sahaja perinciannya , sama ada gosip dunia hiburan yang sesak dengan senario saman-menyaman , kes jenayah bunuh , rompakan bank , ragut sehingga lah maklumat mengenai dasar-dasar baru kerajaan yang sedang memerintah . itu lah pentingnya , keep yourself updated .

" kenapa perlu sentiasa update dengan dunia semasa ? tak perlu kot . " , " betul , semua ni dunia , dunia , dunia .... "

jika anda rasakan dunia tidak penting , mengapa anda masih menjalani hari-hari di dunia ? jika anda seorang pendakwah , bagaimana anda boleh rangka teknik penyampaian dakwah anda jika anda tidak ambil pusing
isu terkini perosak akhlak yang sedang menjalar remaja atau masyarakat kita sekarang ? bertepatan pepatah " masuk kandang kambing , menggembek , masuk kandang harimau , mengaum " (atau mungkin hanya sempat mengaum dalam perut harimau) bahkan untuk mendidik anak-anak sekali pun disaran Saidina Ali bahawa " didiklah anak-anakmu mengikut keadaan zamannya " kalau anak-anak orang dahulu takutkan rotan baru rajin pergi sekolah , anak-anak sekarang takut wifi tiada ataupun allowance dipotong , tetapi tersilap cara mereka mungkin memberontak pula , ini cabaran bagi ibu bapa ya . umpama menarik rambut dalam tepung , tepung tak berselerak , rambut tak putus . tak salah kan keluarkan duit , luangkan sedikit masa dari 24 jam anda untuk menghadiri kursus berkaitan langkah tangani masalah anak-anak ?

hari ini , banyak info yang salah sering menerjah hawa telinga kita , kenapa ya ? kenapa wujud pihak yang menguar-uarkan maklumat salah kepada masyarakat ? dari hal berkaitan negara , kes jenayah , sehingga urusan perniagaan , kenapa mereka perlu berbohong kepada kita ? di sini kita boleh nyatakan , itu semua adalah untuk memenuhi kepentingan sesuatu pihak . sebagai contoh , sebuah syarikat terkenal menghebahkan produk tuala wanita keluaran syarikat mereka adalah satu-satunya yang bebas bahan kimia , sekaligus mengeluarkan kenyataan produk tuala wanita yang berjenama selain daripada jenama syarikat mereka adalah bahaya semuanya . di sini pentingnya kita sebagai pelayar internet untuk menilai kesahihan dakwaan sebegitu , jika kita lengkap berpengetahuan ilmu sains , pastinya sukar bagi kita untuk terpedaya dalam muslihat putar alam sedemikian , jika kita menerima sebarang berita atau pengetahuan baru tanpa membuat carian sendiri , umpama makan disuap , jika disuap kaca , maka ditelan pun kaca lah juga .

Bersama-sama lah kita menapis minda dan juga mulut kita :)
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be