silent reader(s)

Bila Dia Positif Hamil..

10 balasan ikhlas


Hanya Allah Maha Mengetahui perasaan aku selepas kami berdua berjumpa doktor buat kali pertama selepas dia mengadu rasa tak sedap badan dalam beberapa hari berselang seli dengan pening kepala . Aku risaukan kesihatannya , namun berita gembira rupanya menyapa di telinga , pagi itu satu khabar gembira yang aku kira paling membahagiakan aku selama kami diijabkabulkan setelah 2 bulan . 

Aku bukan lah serba tahu pasal kehamilan semua ni , setakat pengetahuan asas yang aku belajar semasa dalam kelas Biological dulu ada lah sikit . Mungkin kerana terlalu teruja , bila sampai saja di rumah , baru lah terngiang-ngiang pesanan doktor tadi tapi aku agak kabur butirannya . hahakk .. yang masih segar pesanannya adalah , " kandungan isteri awak ni masih baru , kena jaga lah ya kalau ada ambil pil perancang harus segera berhenti , elakkan sebarang aktiviti yang boleh emberi tekanan emosi atau fizikal " 

Sepanjang hari juga lah aku tersenyum sorang-sorang , dah naik pangkat lah katakan , dari seorang suami dah bergelar seorang ayah . ok bakal . Ya Allah , terima kasih untuk anugerah ini , akan aku jaga kedua-duanya dengan penuh rasa tanggungjawab . Sejenak aku mula rasa berat hati bila memikirkan perbelanjaan hidup kami akan bertambah bila lahirnya anak pertama ni . sedikit gelisah namun aku percaya anugerah ini akan membawa rezeki kepada rumahtangga kami .

Tahun bersilih tahun , ternyata aku mampu membesarkan anak-anak ku yang sudah genap 4 orang . Alhamdulillah .. bersama isteri yang tercinta , susah senang rumahtangga kami hadapi bersama walau ada masanya pertengkaran terjadi bila masing-masing dikawal emosi . Kesusahan yang aku tanggung selama membesarkan anak-anak ku yang kini semua sudah berkerjaya terasa ringan seketika tatkala melihat si isteri tersenyum setiap pagi semasa menguruskan mereka semua sebelum aku menghantar mereka sekolah .

Tanpa srikandi tercinta yang menemani aku dalam saat perih bertungkus lumus sediakan kelengkapan pengajian anak-anak , mungkin aku tidak segagah ini untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk kesemua buah hati kami ini . Tidak mampu ku kira jumlah kesemua bekas majikan yang aku pernah bekerja dibawahnya kerana aku tidak begitu setia dengan seseorang majikan kerana antaranya memakan masa yang lama untuk bertambah jumlah gaji aku . Semuanya ku lakukan demi mencari pekerjaan yang tepat untuk menanggung perbelanjaan anak-anak ku dulu yang memakan berpuluh ribu ku kira sehingga anak yang ke-empat yang terpaksa menyambung pelajaran di IPTS kerana keputusan peperiksaannya tidak menepati piawaian IPTA .

Setiap malam aku mengadu kepada isteri tercinta tentang masalah di tempat kerja , soal letih , dia setia mendengar sahaja sambil menggengam erat tangan ku . hingga kini dia masih setia mendengar segala keluhanku , tiap masa aku mengadu , setiap titisan airmata dialah yang saksikan semuanya dan sekarang semuanya masih seperti dulu , seperti hari pertama dia menjadi isteriku , cuma sedikit berbeza kerana sekarang aku sendiri , hidupnya dia cuma dalam hati menemani hari-hari sepi . anak-anak yang jerih perih aku besarkan entah di mana .



agak terusik emosi sendiri semasa mengarang entri ini , sekadar rekaan saya untuk gambarkan kesusahan ibu bapa besarkan anak-anak , berikan pendidikan , untuk anda hantar mereka ke rumah kebajikan ? Sayangi lah Ibu Bapa anda , tempat terakhir mereka di dunia bukan di tempat asing tapi di sisi anak-anak mereka .

 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be