silent reader(s)

Dihalau Kerana Terlalu Kacak

6 balasan ikhlas

 
Omar Borkan Al Gala                   Zain Javadd Malik
                                                                 
                                         
Pada pertengahan tahun 2013 yang lalu , pasti ramai yang mendengar berita mengenai Omar Borkan Al Gala yang merupakan di antara tiga lelaki yang dibuang negara kerana terlalu kacak. Omar, seorang penyajak, pelakon dan jurugambar daripada Dubai ini telah dihalau keluar daripada Janadriyadh Festival di Riyadh awal bulan Mei tahun lalu oleh pegawai polis agama kerana bimbang wajah beliau akan menyebabkan wanita jatuh cinta kepada kekacakan mereka dan bertindak melakukan sesuatu yang dilarang agama .

Lebih memukau dari Zayn Malik atau sama saja? mung ingat mudah nak jumpa gambar zayn tanpa subang , hahakk..itu adalah kurniaan Allah sekaligus ujian juga pada si penerima raut wajah sejukkan hati jutaan gadis katanya .Dikatakan di Arab Saudi, mereka mempunyai peraturan yang ketat yang berkisar tentang interaksi di antara lelaki dan wanita yang tidak mempunyai apa-apa hubungan dan Omar yang mempunyai wajah yang menggoda itu dikatakan mampu membuatkan ramai wanita mengingkari peraturan yang telah ditetapkan .

Kalau saya hadiri Festival Janadriyadh di Riyadh tu , agaknya bukan dihalau tapi jadi tetamu terhormat xD wajah kawe idaklah menggoda jutaan gadis , sekadar manis dan pandai panaskan hati orang saja , InsyaAllah . nampaknya ramai yang bersetuju dengan kenyataan kedua :l whatever it is , good-looking guy catch every girls attentions but good-hearted guy capture everybody hearts right ? :l erk.

 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be