silent reader(s)

Beza Air Mani Dengan Sperma

4 balasan ikhlas


Ramai atau kebanyakan orang menganggap seseorang wanita itu akan hamil sekiranya air mani seorang lelaki memasuki faraj si perempuan tersebut . Ini fakta atau auta yang dipersetujui semua orang ? Beza air mani dengan sperma ? sama saja ? Ini fakta sains atau sekadar pegangan dangkal masyarakat ambil mudah atau pelajar sains tulen 'kononnya' ?

Disebabkan entri saya yang bertajuk Gadis Sunti Hamil Benih Dari Selimut Adik , mengundang dua feedback berlawanan dari dua orang pembaca , namun hanya satu saja yang mungkin saya publish kerana entri Beza Air Mani Dengan Semen ini adalah cetusan untuk menjawab kenyataan yang dikeluarkan si pembaca , amat bercanggah dengan maklumat yang saya ketengahkan tentang gadis malang dalam entri yang lalu itu .

Saya cuba untuk tidak melatah dengan menyediakan sedikit penerangan bagi menguatkan penghujahan saya dalam entri yang lalu . Di bawah ini petikan komen yang saya dapat dari entri tersebut .


" Sperma kering yang tidak boleh bergerak itu boleh melompat masuk ke dalam vagina perempuan "

Di sini saya ingin tegaskan , memang sperma tidak mampu melompat , tapi tahu kah anda perbezaan sperma dengan semen ? Air mani atau seminal fluid bukan punca kehamilan berlaku . Ini kenyataannya wahai pure science students , wahai expertationist . Air mani itu sendiri adalah medium/intermede/orang tengah/perantara untuk membawa sperma masuk ke dalam faraj . is that clear dear ? and i'm insist to stress here that sperms only dies once the semen had dried . for your additional needed informations , kalau anda memakai seluar dalam seseorang yang terdapat semen diatas permukaan fabrik itu , dan diletak betul-betul posisi faraj anda , seorang doktor pakar pun tak mampu untuk nafikan sebarang kemungkinan untuk anda hamil oleh perkara seremeh itu sahaja , is that clear ? 5% dari komposisi air mani atau semen adalah sperms .

Menyentuh soal gadis sunti yang agak malang itu , sebolehnya saya hanya gunakan kes dia sebagai rujukan kebarangkalian perkara ini boleh berlaku , bukan sebagai kambing hitam untuk dimalukan hingga berminggu-minggu , namun , feedback segelintir pembaca bagaikan mahu mempersoal kejadian yang berlaku , itu mungkin agak mengundang emosi terdalam saya kerana intipati entri saya adalah pengetahuan saya , pegangan saya , fakta dalam koleksi saya , dipersoal/dicanggah mentah-mentah ? itu main point sebenar entri ini . siapa kita untuk mempersoal tahap kejujuran gadis tersebut ? Are we trying to be Allah The Only Perfect Judger ? Jika benar itu helah gadis berkenaan , so let it be . sukar untuk ber-husnozun di sini ? 

Secara bersangka baik , berkemungkinan gadis tersebut menggunakan selimut adiknya sejurus selepas adiknya mengeluarkan semen miliknya , untuk lebih bersangka baik lagi , mungkin hubungan adik beradik yang rapat sehingga tidur/terlelap sekatil dan berkongsi selimut untuk beberapa minit ? untuk menjauhi prasangka lagi , mungkin gadis itu mengambil balik selimut yang dirampas adiknya namun berisi bendalir semen dan malang baginya yang mungkin tidur tanpa memakai seluar ? who knows ? kenapa perlu hakimi situasi yang kita tak berada pada saat ia berlaku ? untuk lebih secure husnozun , sila check DNA bayi berkenaan setelah ia lahir atau soal siasat ahli keluarga terdekat untuk tahu lifestyle gadis tersebut , kerana  trending kebanyakan gadis zaman sekarang memilih untuk menggunakan pelbagai helah untuk menutup si pelaku zina also known as their boyafrens :l

Sedikit info tambahan buat para isteri legal yang risau air mani suami legal sering terkeluar semula , khuatir hamil lambat kerana isu ini , seminal fluids hanya bertugas membawa sperma , walaupun air mani keluar semula , InsyaAllah , sperma dah berada di dalam . air mani sekadar medium utama penghantar sperma ke rahim anda . namun , jika anda masih beranggapan air mani lebih afdal mengiringi sperma ke rahim dan  berhak menetap di dalam rahim , boleh lah bengkokkan lutut dan alaskan bantal dibawah punggung semasa proses ejakulasi berlangsung .

Teenagers Lies ? Parents , show your parental power , go power up !

Blogger Kerek Didekati Manusia Dimurkai Allah

6 balasan ikhlas



1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Jauh sekali jika pandangan itu datang daripada orang yang lebih kurang pengalaman daripadanya sama ada lebih muda , blogger belum mencipta nama sebagai contoh .

2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah.

3. Memilih-milih blogger. Suka berkawan hanya dengan bloggers yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan blogger picisan atau lebih rendah kedudukannya Alexa , dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Bahkan dengan orang yang sama level dengannya pun masih dipilih-pilih bulu lagi. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk sama atau semeja bulat dalam acara majlis dengannya.

4. Memandang rendah kemampuan pada golongan blogger baru .

5. Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka menegaskan pandangannya sendiri atau menguatkan hujahannya lebih daripada yang diperlukan , langsung tidak menerima ideologi bloggers yang dirasakan tidak sama level dengannya .

6. Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari , setiap entri nya diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri, susah untuk mendengar cakap atau nasihat orang lain serta tidak prihatin dengan perkembangan bloggers yang tidak membawa kepentingan kepadanya . Jauh sekali untuk mengikuti perkembangan bawahannya .

7. Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang itu.

8. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut-pengikutnya atau orang bawahannya. Ia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada perikemanusiaan. Kalau dia menjadi pengikut, susah pula untuk taat dan patuh pada pemimpinnya.

9. Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap dengannya. Bahkan ditengking-tengking dalam diam , diherdik dibelakang . Di belakangnya disindir-sindir secukupnya sama ada dalam post dan sebagainya .

10. Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf. Bahkan dia tidak mengaku bersalah .

11. Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang lain .

12. Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila orang itu tersilap.

13. Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara halus.

14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa sepertii blogger itu ada kepentingan pada dirinya .

15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memÔ¨Ātnah serta membenci orang dalam diam .

16. Kurang menghormati pemberian orang atau tidak menghargai pemberian orang lain.

17. Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan diri dalam wardah penulisannya .

18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain , seperti menceritakan A-Z kelemahan bloggers bawahan/picisan tetapi dengan lakonan paparan cubaan menegur sebagai pelindung .

19. Kurang menghormati nikmat-nikmat Allah. Kalau ada makanan, berlaku pembaziran atau membuang makanan yang berlebihan. Kalau ada pakaian walaupun masih elok dipakai tetapi suka berganti dengan yang baru. Pakaian yang lama dibuang. Kalau ada duit lebih, suka beli barang yang tidak diperlukan. Semua itu lebih digemari daripada memberi nikmat yang berlebihan itu kepada orang lain.

20. Kalau berdiri, lebih suka bercekak pinggang (kerana membesarkan diri). Kalau bercakap, menepuk-nepuk meja dan suka mencemik. Kalau berjalan suka bergaya, menghentak-hentak kaki atau berjalan membusung dada.

21. Kurang memberi simpati atau kurang menolong orang lain melainkan ada tujuan-tujuan dunia .

22. Kurang berminat berkunjung ke halaman orang lain atau tidak berminat menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang .

23. Tidak suka menyebut kelebihan-kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya .

24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan sendiri didiamkan, disorokkan, buat-buat tidak tahu atau cuba mempertahankan diri supaya orang menganggap dia tidak bersalah .

25. Sangat tidak senang dengan kejayaan atau kebolehan orang lain .

26. Dia sangat tersinggung kalau ada orang memuji-muji atau menyebut kelebihan-kelebihan orang lain di hadapannya. Tetapi kalau dia dipuji, terserlah pada responnya rasa bangga dan senang hati .

*Sama-sama lah kita hindari lah sifat-sifat takabur , penyakit batin (mazmumah) , riak*
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be