silent reader(s)

Alahai Si Kaki Forward

6 balasan ikhlas


Hari ini dunia tanpa sempadan membawa seribu satu makna termasuk perniagaan di arena dunia , pendidikan merentasi globe , juga fitnah yang berjaringan hebat . Kewujudan media elektronik yang berat sebelah , rata-rata bagaikan disogok tender atau seumpamanya sehingga sanggup menjadi medium penyebaran fitnah keatas sesuatu pihak . SubahanaAllah . Sampai bila telinga dan mata kita diisi input begini ? Sampai bila kita biarkan diri kita dicari 'hidayah' ,bukannya kita yang mencari ? Bukan hidayah untuk memeluk Islam tapi hidayah untuk pintu hati terbuka , baru lah tergerak kornea kita semua untuk celik bagi mencari kebenaran , bukan menunggu rancangan demi rancangan sehingga suara lesap telinga tuli .


وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَاْلَ: كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ. رَوَاهُ مُسْلِمٌ.

- Daripada Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda:

 "Cukuplah seseorang itu (untuk dikatakan) berdusta (apabila) dia mengutarakan semua perkara yang didengarnya."

1. Kita tidak disuruh mengiyakan semua yang didengar atau yang ditulis , bahkan kita disuruh mencari kesahihannya.

2. Tidak semua berita yang didengar atau yang dibaca itu benar, maka jika seseorang menceritakan semua yang didengar atau yang dibacanya itu bererti dia juga turut berbohong .

Allah berfirman, “ Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada mu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6]

Sama ada dari individu berserban putih atau berkemeja korporat , stesen televisyen tersohor , akhbar harian/mingguan ranking high , internet (laman anti sana anti sini) , risalah , regardless what kinds of source you have , make sure , anda membaca/melihat kemudian menganalisa dengan ilmu bukan emosi atau kepentingan diri/politik/agama , kerana disitu tersembunyi sesuatu yang kita semua sebenarnya sudah lama kehilangan , iaitu kebenaran , dan disitu juga sebab Allah kurniakan kita masing-masing punya akal .

Segala kekurangan dari saya , segala yang baik dari Allah .

 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be