silent reader(s)

Tradisi Gangguan Malam Pertama

5 balasan ikhlas


Perancis pada abad ke-19 terkenal dengan Charivari atau Shivaree membawa definasi nyanyian atau teriakan sumbang dan antaranya seperti salakan anjing berselang seli taluan bunyi  periuk dipukul , cerek dan perkakas lain bertujuan untuk menghasilkan bunyi bising bagi mengganggu pengantin baru pada malam pertama .

Pensyarah saya yang mengajar subjek Pengajian Malaysia ada juga menyentuh sedikit perihal tradisi ini semasa kami semua ditugaskan membentang perkahwinan pelbagai bangsa di Malaysia semasa semester pertama dulu .Tradisi aneh ini juga diamalkan di Amerika Syarikat dan Canada pada abad tersebut . Mereka yang membuat noisy celebration itu terdiri daripada tetamu majlis , rakan-rakan dan ahli keluarga pihak pengantin tersebut . 

Sekiranya tradisi ini diamalkan di Malaysia , mungkin keesokan harinya di dada-dada akhar utama melaporkan ramai yang tercedera dek amukan pengantin baru atau mungkin hanya sekadar melepas gas pemedih mata untuk mewujudkan suasana lebih privasi , atau pilihan lebih neutral bertolak berbulan madu sejurus selepas majlis perkahwinan selesai .

 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be