silent reader(s)

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

0 balasan ikhlas

Tangan aku keras , dari kecil lagi semua hasil lakaran tangan aku umpama cakar ayam yang tempang . oh terlupa , korang boleh gelar aku Aqif . maaf la aku memang tak suka abjad dalam bentuk capital , terima saja lah cara aku , jangan pertikai tatabahasa atau penanda wancana . aku dah tak peduli semua tu bila aku nak ekspresikan perasaan terdalam aku . aku ada seorang ayah , seorang abang , inilah keluarga sebenar aku . ibu ?

aku membesar macam budak lain , aku tak lasak sangat , tak lembut . permainan zaman kecil aku sekitar 90an bermusim , bila datang satu musim sesuatu game , budak-budak satu kampung akan dapatkan benda hangat tu , macam cyber pet yang guna kartun digimon , korang ingat digimon ?? haha..aku suka juga tengok fruit basket setiap hari sabtu sekitar pukul 11 pagi di tv7 .aku suka adik beradik zodiak tu dengan seorang gadis comel tu . hahaa. berbalik cerita permainan bermusim , antaranya ialah gasing , guli , control car . aku pun tak ketinggalan memiliki semua permainan tu.

ayah aku macam ayah orang lain , bila anak buat salah , dia akan marah , ya itu normal . aku masih ingat abang aku dilibas belt kulit miliknya semasa dalam bilik air , ada juga dia dilibas semasa di ruang tamu kerana dia pergi stesen minyak , betul-betul hadapan aku . aku kesiankan abang . mak cakap abah sayangkan aku , sebab tu dia tak pernah pukul aku . teringat pula malam aku dan abang dalam perjalanan balik dari tempat kami mengaji Al-Quran yang 40 meter jauh dari rumah, kaki aku tersepit di jejaring tayar basikal belakang , sepanjang jalan balik aku menangis , abang tak henti-henti pujuk aku supaya berhenti , aku tau dia takut abah pukul dia kalau abah tahu pasal tu . hairan , aku memang tak mau dia kena marah tapi aku tak juga berhenti menangis sampai masuk rumah , abang kena marah .

bila zaman budak-budak berakhir , kini aku dah 11  tahun , abang tua setahun saja dari aku , masa tu dia mula belajar hidup berdikari bila abah putuskan dia tinggal di asrama . aku ingat lagi , setiap kali aku teman mak pergi hantar dia , aku rasa sebak sepanjang jalan balik rumah tapi setiap kali pergi jemput dia pada hari jumaat , aku seronok . sampai sekarang aku hairan , kenapa abang selalu turutkan arahan abah .

waktu berganjak , abang dah 13 tahun , abang berjaya masuk salah sebuah sekolah agama ternama di Alor Star . makin jauh abah pisahkan kami , itu yang aku rasa masa tu . dari kecil lagi , abah cakap dia nak abang sambung belajar ke Universiti Al-Azhar , Mesir . tapi masa dulu dia cuma cakap mesir saja , kalau cakap pun nama uni tu mana aku faham pun . masa kecil , aku selalu fikir hasrat abah tu mustahil , abang takkan dapat jejak Mesir . aku , mak , abah tak kerap sangat pergi melawat abang masa dia di Alor Star , dalam sebulan mesti pergi juga . abah kata , kami kena lawat dia , kena bagi semangat kat dia .

aku ? aku bersekolah agama dari darjah satu hingga 4 sahaja , kenapa ? sebab bila aku darjah 5 , abang dah darjah 6 , masa tu kan dia dah mula tinggal kat asrama , mak cakap bahaya aku tunggu sorang-sorang lepas waktu sekolah sebelum dijemput . memang kawasan sekolah tu berdekatan dengan hutan kelapa sawit , al-maklum sekolah swasta masa tu memang susah nak dapat tapak komersial macam sekolah rendah kerajaan . aku sendiri tak percaya aku yang sekarang ni , aku yang dulu , korang faham tak ? 

aku tak dilahirkan dengan otak yang cerdas macam abang aku . kalau diingatkan zaman taski aku dulu , memalukan . setiap kali ada yang tak kena dengan aku , wajib cikgu jumpa abang aku , dari taski sampai sekolah rendah , memang cikgu-cikgu/ustazah semua tahu aku ni adik dia . aku bawa masalah sangat eh .

pada mula aku terdedah dengan kawan-kawan dari sekolah kebangsaan biasa , aku ditempatkan dalam kelas 5 Usaha , kelas palinggggg hujung , atau paling bodoh dalam aras tu . mak bagi aku semangat , dia cakap , biasa lah , aku kan baru masuk , pencapaian aku semua dulu penuh dengan subjek agama saja , macam Feqah semua tu , jadi diorang rujuk result akhir darjah 4 aku , matematik dengan bahasa Inggeris , memang wajib masak la , rasanya sebab tu aku diletakkan dalam kelas tu . aku ingat lagi Cikgu Latiffi Amir B. Abdullah, dia cikgu kelas 5 Usaha merangkap ayah angkat aku dalam program mentor mentee . dia selalu puji aku . dalam kelas 5 Usaha tu , ada seorang perempuan India , Darshini . dia pandai , dia pesaing aku dalam kelas tu selain seorang budak perempuan lagi,Syafinaz,yang lain-lain ? kewujudan mereka hanya meriahkan kelas saja , langsung tak bersifat competative. aku ingat lagi Asyikin yang cakap aku comel masa hari pertama aku masuk kelas tu , err .sikap aku yang buat aku jadi diri aku yang sekarang mula menonjol selepas aku masuk kelas ni . aku pemalu tapi berani bila aku rasa yakin . 

masih jelas satu persatu adengan yang berlaku dalam kelas semasa sesi check jawapan objektif  , masa cikgu kelas aku yang ada iras Khairul Fahmi Che Mat tu tanya jawapan , semua murid termasuk Darshini memilih jawapan yang sama , contohnya semua pilih C , pastu aku tetap pilih B padahal masa tu , aku tak tahu maksud jawapan yang ada dalam pilihan B tu , cuma aku yakin A,C,dan D tu memang salah . budak-budak lain yang tengok aku angkat tangan sorang-sorang dari awal lagi gelakkan aku , last-last memang betul jawapan aku tu , kome seronok tersedak air liur sendiri ?

seiring dengan meningkatnya umur aku , aku dah 12 tahun , aku rasa macam blur bila Cikgu Amir cakap aku kena tukar kelas . 6 Harapan juga mencungkil sedikit demi sedikit ais beku dalam otak aku . dari kelas belakang , aku kini berada dalam kalangan pelajar pertengahan , kelas ke-4 dalam aras . dalam kelas ni , banyak competator . Cikgu Bukhari , dia ajar kami subjek matematik dengan cara zaman dulu , yeah , zaman keganasan . dan disebabkan keganasan bertempat dia , aku dapat B untuk matapelajaran Matematik dalam UPSR , padahal sepanjang ujian penilaian ,percubaan, jarang aku lulus Matematik . tahu macam mana dia ajar kami semua ? Bahagian soalan Matematik dulu kan ada objektif dengan bahagian kena tunjuk jalan pengiraan ? dia akan edar contoh soalan bahagian pengiraan , sebelum kami jawab , dia akan bincang contoh satu demi satu soalan tersebut , sekali bincang , sekali jawab , sekali check , murid yang jawab salah , datang ke depan terima habuan rotan . aku tak ingat berapa kali mata berair , mulut menyumpah , hati membenci pada masa tu , tapi sekarang aku rindu . 

hari result UPSR keluar , aku macam kelaut , tak berperasaan seperti mereka yang lain , rata-rata murid lain sibuk dengan drama airmata . bertempat di pejabat guru,Cikgu Bukhari dengan Cikgu Amir macam terkejut dengan result UPSR aku . tapi yang jelas cikgu Matematik tu tersenyum tengok result tu .aku pun , wah aku ada otak rupanya xD dan yang penting subjek yang mencacatkan keputusan aku adalah Bahasa Inggeris ! C.

peralihan kawasan ? peralihan aku memasuki Tingkatan Satu , err . teka , aku dihumban ke dalam kelas ke berapa ?? pertengahan ? 1 iltizam . kelas kedua dari tujuh buah kelas yang ada dalam aras tingkatan satu . 
kira ok lah tu , sekolah bertaraf primier . aku minta izin abah untuk berbasikal ke sekolah , abah berat hati nak bagi tapi benarkan jugak , terus mak bawa aku pergi beli basikal baru berwarna biru , basikal pertama ku . bermulalah kayuhan ke sekolah buat pertama kali , sebelum ni guna perkhidmatan orang luar untuk hantar dengan ambil kat sekolah rendah . 





 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be