silent reader(s)

wanita idaman saya ?

16 balasan ikhlas


"perempuan idaman saya , saya suka yang aktif , ceria , kelakar , lawa , yang paling penting dia mesti wangi "
Khairul Fahmi Che Mat - Penjaga Gol Malaysia

" dia mesti confident , glamour , bijak , dan ada daya penarik "
S M Khalis - Ahli Perniagaan Naza Italia

" saya suka yang feminim , romantik , sopan santun dan manis orangnya "
Adam Yahya - Pengarah IBEX Group (telecommunications sector)

Perhatian gadis-gadis sunti yang sudah bersedia bernikah di luar sana , jejaka yang teratas dalam carta diatas tu dah berkahwin yea , jejaka kedua dan seterusnya tu , saya tak tahu . Jangan risau , lelaki dibenarkan mempunyai 4 orang isteri , sila check ciri-ciri diatas , anda menepati ciri-ciri idaman mereka ?

Tak mudah bagi saya letakkan syarat seperti mereka bertiga , mungkin itu sekadar kata-kata untuk iklan perfume simplysiti , realiti sebenar kehendak seorang lelaki terhadap seorang perempuan yang bakal menemani hidupnya , rasanya tak semudah itu .

Walaupun begitu , jangkaan atau harapan kita tak sepatutnya terlalu tinggi , orang yang berangan-angan di atas angin , sekali dia terpijak rumput , dia akan lumpuh . dalam erti kata lain , kecewa sedalam-dalamnya .

Jika ada kelapangan , tonton di tv9 , Gadis Manis Dalam Diari , saya tengok trailer saja sebab tayangan sebenar 1 Februari nanti :l Jangan ingat perempuan saja berangan-angan pasal prince charming , lelaki pun ada tau ?

Berdasarkan pengalaman sendiri , agaknya bermula tingkatan 4 rasanya , saya sendiri menyimpan niat nak bercinta dengan gadis Pasir Mas , Kelantan .Gara-gara taksub dengan keratan akhbar dalam Berita Harian rasanya , disitu ada dimuatkan gambar seorang perempuan bernama Ayuni , sekali pandang macam Arab campur Melayu , hidung cute , senyuman alahai :l mungkin entri ini sedikit memalukan saya 
 obsesi saya ? tak lah teruk sangat , tapi itu kali pertama & terakhir saya potong gambar potret perempuan tersebut dari akhbar untuk letak dalam wallet :l
Jika saya tak salah , pada masa tu dia dah berusia 21 tahun . Dikhabarkan wanita-wanita cantik di Pasir Mas dek kacukan pedagang Pakistan yang datang berniaga pada suatu masa dahulu . 

Hasrat bertahun-tahun yang semakin luput itu ternyata termakbul dengan izinNya , saya bertemu seorang muslimah dan ada sikit bait-bait cinta tiba-tiba yang tak kemana-mana .Alhamdulillah , raut wajah memang seperti kebanyakan orang katakan tentang wanita Pasir Mas , manis . sejujurnya sebelum bercinta memang saya tak tahu dia berasal dari sana , saya hanya tahu dia orang Kelantan saja . kisah itu terhenti disitu sahaja .

Motif entri ini adalah kita boleh senaraikan berkajang-kajang ciri-ciri pasangan idaman kita , macam spongebob senaraikan aktiviti kegemarannya untuk dibuat bersama Squidward ? but at the end of the day , kita akan sedar , sesuatu tu takkan datang dalam complete package , seriously . bila dia lebih dari segi rupa , mungkin dia lemah dari segi lain , ada juga perempuan yang punyai rupa yang sederhana tapi pandai pula jaga hati orang , ada tambah dan tolak , baru lah seimbang empirical formula :l

Bersyukur yang mendatang , semoga dia lah unknown y yang saya cari sejak mengenali add math dulu.

 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be