silent reader(s)

Blogger Berkualiti Bukan Ranking Tinggi Sahaja

22 balasan ikhlas



Orang lain berkongsi ranking mereka rata-rata blogger well-known , well-established , haruslah top puluhan & ratus saja , ana masih jauh menapak untuk mencapai ranking seperti mereka . sedikit pembetulan mengenai usia blog nih sebenarnya baru 4 bulan 2 minggu 1 hari bila ana check balik first entry ana yang bertajuk Hi Hacker rupanya yang 8 bulan tu annivesary ehem..to err is human , right ?

Sepanjang 4 bulan menulis , ana berada di takuk 7,128 rank dalam kalangan Malaysians bloggers/site ?
Adakah ini pencapaian yang memberangsangkan bagi seorang blogger baru atau info yang memalukan bagi ana ? (jika jawapan yang kedua,maka entri ini wajib di-draft-kan semula,sekian)

Sejujurnya jawab pertanyaan ana , anda tahu kebanyakan site yang menghuni carta atasan dalam carta Malaysia ? Mungkin agak memalukan jika ana ketengahkan di sini (well its about Malaysians choice , its not that i want to deny ) . atau mungkin lebih molek/baik , anda sendiri mencari jawapan itu sendiri yea . Tak dinafikan blog/site yang menyajikan bahan bacaan berunsur hiburan , jual beli atas talian , juga site yang agak trending sekarang adalah satu laman yang memuatkan drama-drama atau movie yang terkini untuk tontonan pengunjung mendapat tempat di hati pelayar internet di Malaysia sekaligus menaikkan rank site tersebut ke carta atasan , tidak ketinggalan juga bloggers yang berkongsi tutorials blog namun mereka bukan golongan yang ana maksudkan ,jadi golongan mana yang mendominasi ranking atasan secara keseluruhan , yea ? apa ? pornografi ? haha.

Mungkin anda yang berada dalam rangking atasan dalam carta Alexa hanya tersengih jika anda sedang membaca entri ana , mengapa ? mungkin anda berfikir ana sekadar budak hingusan yang tidak puas hati ? atau mungkin anda mengakui kebenaran yang ana cuba rungkai di sini ? mungkin juga anda tidak tahu apa-apa dan tiba-tiba berada di blog ana ?

Blogger terkenal seperti sifu Hasrul Hassan selain gemar memancing beliau juga tidak kurang hebatnya menunjukkan strategi demi strategi untuk komersialkan blog buat para pembaca lamannya . Blogger wanita serba boleh , seorang isteri , ibu , berlatar belakang pendidikan yang membanggakan , Mia Liana . Tidak kurang saingan juga seorang isteri , ibu , dan part time blogger , seorang usahawan berjaya , Syuhada yang tidak lokek berkongsi tips berguna untuk usahawan muda . ana sendiri menyelidik latar belakang mereka , pencapaian mereka , penulisan mereka , maka ana tidak akan terkejut jika bloggers seperti mereka menghuni suatu rank yang boleh dibanggakan kerana mereka masing-masing punyai kepakaran tersendiri untuk ditawarkan kepada pembaca . ini bukan cubaan memuji untuk menang sebarang contest yea

Ana tidak menolak kepentingan SEO , Alexa ranking , famous key words , cuma cuba berfikir sejenak , fikirkan sudut yang anda ada tapi anda tak sedar kepentingannya ? contoh ? entri anda sentiasa ada yang datang komen , ada sahaja yang berbesar hati untuk kongsikan entri anda di google plus . ana sendiri pernah berkunjung suatu laman agak hebat tetapi entah dimana silapnya ruangan komennya sepi , tiada yang sudi menyinggah ? Alhamdulillah , dimana saja ranking Alexa kita semua :)


 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be