silent reader(s)

Saiz Peranti Bukan Penentu Kepuasan

4 balasan ikhlas


86% lelaki percaya saiz dan bentuk zakar lambang ketrampilan lelaki sejati , semakin besar semakin gah ?
masih ada banyak elemen lain boleh dipertingkat untuk keintiman rumahtangga selain besarkan yang sedia ada :l

Thailand (Suntikan minyak zaitun)

Satu cara yang membahayakan sering dilakukan di Thailand di mana sekurang-kurangnya 40 pesakit dimasukkan ke hospital di Bangkok sebulan akibat kesan sampingan dengan suntikan minyak zaitun di organ kelamin.

Zakar seorang lelaki berusia 50 tahun terpaksa dibuang selepas dia mengalami kesan sampingan yang teruk.Lelaki itu menjalani suntikan minyak zaitun beberapa kali sejak beberapa tahun lalu.Dia didiagnosis menghidap kanser dan perlu menjalani pembedahan membuang zakar.

Sedutan Soal Jawab

Soalan : -

Saya adalah seorang guru pelatih berusia 23 tahun. Sejak dua bulan lalu, saya mengambil minyak urut yang sudah terkenal di Malaysia untuk zakar dan sudah menampakkan hasilnya.

Jawapan : -

Sebagai seorang guru pelatih, saudara juga tentu faham mengenai konsep anatomi batang zakar. Ia terdiri dari dua tiub yang dibentuk dari tisu yang seumpama sponge yang akan membesar apabila dipenuhi darah.

Oleh itu, dari segi logiknya, tidak ada minyak atau cara urutan yang boleh membesarkan batang zakar - credit to e-kesihatan malaysia

Now apa kegunaan minyak-minyak batin di luar sana ? Alat pam vakum ? pembedahan baikpulih tisu? sebaiknya jangan melulu untuk tingkatkan market hero,sebarang jenis perubatan atau ubat perlu dirujuk kepada pakar terlebih dahulu ,dalam hal ni wajib kemudiankan bisikan kawan,dahulukan pengetahuan golongan pakar perubatan,unless rakan anda adalah pakar bertauliah :l

 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be