silent reader(s)

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

20 balasan ikhlas


Bismillahhirahmannirahim.

Shafiq sebagai pendatang baru dalam dunia blogging , yakni baru mencecah 4 bulan di sini sebagai seorang penulis picisan yang kehadiran shafiq agak tak disedari ini ingin berkongsi serba-sedikit ilmu blogspot blogger Malaysia yang shafiq sendiri amalkan dalam proses komersialkan blog A Gentleman To Be ini.





Memecut Kelajuan Trafik Blog

  • shafiq banyak menyertai segmen berbentuk blog-walking dimana para peserta diwajibkan saling menziarahi , selain itu shafiq juga rajin singgah ke laman blog yang aktif menganjur segmen dan sebagainya dengan tujuan mengintai bloggers semasa yang aktif.

  • alhamdulillah,penglibatan shafiq dalam pelbagai jenis kontes agak membuahkan hasil dimana kehadiran shafiq sekarang mula disedari segelintir bloggers.peningkatan pageviews juga di aras yang memuaskan selain aktiviti saling ziarah atau blogwalking sentiasa berlaku di A Gentleman To Be ini.

  • menjadi sponsor kepada segmen yang berpotensi atau menganjurkan segmen/giveaway/kontes juga terbukti berkesan dalam memecut trafik blog selain menambah jumlah follower blog.




Mencungkil Peluang Niaga Santai

  • sememangnya laman blog adalah satu medium sesuai untuk usahawan muda berjinak-jinak mencari publisiti untuk melariskan produk mereka kerana dewasa kini para pengguna sudah celik tentang kelebihan pembelian atas talian seperti mengelak kesesakan jalan raya dan juga tidak lagi perlu bersusah payah beratur panjang untuk membeli sesuatu yang diidam ramai.

  • shafiq sendiri memanfaatkan laman A Gentleman To Be sebagai wardah pengiklanan produk iaitu shafiq bertanggungjawab menjadi pengedar selain mempromosikan peluang jana pendapatan dari rumah dengan hanya berbekalkan kemahiran menaip iklan , ya itu sahaja ! Tiada komitmen 24 jam. Pilihan di tangan kita,sama ada berniaga secara santai atau sampingan , boleh juga serius ! Medium yang berpotensi sudah tersedia luas kan.

  • Tidak dilupakan juga peluang kerja terkini yang agak trending sekarang, dropshipper ! bagi para bloggers yang berminat , boleh mulakan pencarian sendiri ya selain menunggu visitors datang klik-klik iklan di sekeliling blog anda , mungkin menjadi dropshipper lebih menjana pendapatan sampingan kan.



Penulisan Bervariasi Seiring Masa

  • jika seseorang blogger atau penulis memiliki kosa kata atau perbendaharaan kata yang luas , hasil penulisannya bagai pisang panas ! entrinya pula akan dinanti-nanti para pembaca ! fitrah manusia cintakan hal yang indah-indah kan ? tapi unik ! cliche but true.

  • blogger yang peka dengan kehendak para pembaca lebih mudah menyediakan bahan bacaan atau hasil penulisan bermutu sekaligus disukai ramai kan. bila sesuatu itu sesuai dengan selera , mulut pun terdiam , hati pula tak berhenti-henti memuji ! 

  • menjadi pengintip di laman blog sendiri , bagaimana ya ? maksudnya kita perlu mengenalpasti wajah-wajah bakal ahli Syurga (amin..) tidak lain tidak bukan adalah mereka yang selalu singgah tinggal link di chatbox kita , mereka yang sering turun padang berkongsi pendapat dan cadangan di entri kita , langkah ini adalah untuk mengetahui golongan major pembaca setia laman blog kita ,sama ada senior citizen atau warga emas , atau mungkin mereka yang dalam lingkungan 40-an ( hey life begin at 40..erk) atau mungkin juga pengunjung laman kita kebanyakannya golongan remaja yang taksub dengan gadgets terkini ? sekarang lebih mudah kan untuk sediakan bahan bacaan yang bersifat uni-age ?maksud saya , bacaan yang sesuai untuk tatapan semua lapisan masyarakat ya.
Sekian perkongsian dari minda Nur Shafiq berdasarkan pembacaan saya selama bergelar blogger.

Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com, DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net, DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.


 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be