silent reader(s)

Ciri Lelaki Mukhannis Bukan Pondan

6 balasan ikhlas
Entri nih mungkin terbit kerana ulang tahun kelahiran arwah Yasmin Ahmad,tapi shafiq tak nak bahas kan status jantinanya,shafiq cuma nak kongsikan sedikit ilmu yang shafiq research dan olah dengan ayat shafiq sendiri mengenai lelaki yang memiliki sifat kewanitaan yang sangat ketara yet masih terpelihara :l

Allah SubahanaAllah telah berfirman " Bagi Allah jualah milik segala yang ada di langit dan di bumi; Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya; Dia mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan mengurniakan anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya, anak lelaki dan perempuan dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya; mandul. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa." - (Q.S Asy-Syura: 49-50)

Berdasarkan firman Allah itu,para ulama berbincang,mentafsir dan menerima bahawa wujud 4 jantina iaitu lelaki,perempuan,mukhannis,dan khunsa iaitu seseorang yang memiliki 2 alat kelamin atau campuran bentuk fizikal seperti lelaki yang memilki sesetengah bentuk fizikal feminim dari azali lagi,bukan yang 'ditambah-tambah' yea ? itu bukan azali dah,itu ciptaan manusia.Shafiq cuma nak berkongsi mengenai tajuk lelaki mukhannis tetapi tidak pondan,tidak bernafsu kepada lelaki cuma sifat kelembutan pada dirinya sangat ketara.Golongan ini tidak sepatutnya digelar pondan sama sekali !

Perasaan & Emosi

* mudah terganggu seperti perempuan
* mudah mengalirkan airmata kerana jiwanya tidak cekal seperti lelaki biasa

Perwatakan

* tidak menunjukkan minat mendalam pada aktiviti lasak yang lelaki biasa gemar seperti melakukan pekerjaan berat yang memerlukan sifat gagah & aggresif

* cenderung pada hobi seperti sulaman,memasak,menjahit,menghias yang menjadi sifat asas seorang perempuan.

* kebanyakan lelaki mukhannis tidak berkawan dengan lelaki kerana dia merasakan rendah diri bila dikelilingi lelaki yang dikatakan sejati,tidak seperti dirinya.

* kemungkinan koleksi barang simpanan kesukaannya juga bersifat feminim seperti dia sukakan apa yang perempuan suka,faham tak ?

Pemikiran

* akalnya dipengaruhi emosi seperti perempuan ( agaknya yang gila talak tu lelaki mukhannis jugak ka atau jenis tidak sabar ?jatuhkan talak diberi hak kepada lelaki disebabkan sifat lelaki yang berfikir panjang  kan ? jika sebaliknya yang berlaku,macam mana pula? senang ja lepas sampai 3x? )


Nafsu

* komponen ini sahaja yang membuktikan dia adalah lelaki sejati,dia masih bernafsu pada perempuan sahaja :D

Lelaki jenis mukhannis mungkin menghadapi sedikit kesukaran dalam menjalani kehidupan seharian kerana dia seorang lelaki berjiwa lembut,dalam masyarakat kita memang takdak ayat lain kalau tengok seseorang lelaki tu lain sikit,


 "eee bapuk ! pondan ! darai ! kerja laki tak suka,buat kerja perempuan,Allah laknat orang camtu !"

 "eh abah kau,aku siram pokok pun undang murka Allah ? aku jahit sarung bantal sendiri pun salah ? ker nak aku jahit mulut kau yang duk jatuh hukum laknat sana-sini ?

Harap lepas baca entri nih sedikit sebanyak dapat membuka skop pemikiran kita semua,berdiam dengan ilmu bila bertempat itu perlu,bukan melaung dengan kejahilan setiap waktu :)



 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be