silent reader(s)

Jam Ini Aku Sedar

2 balasan ikhlas


Selama ni aku tak percaya bila orang cakap " sesuatu yang kita sayang tu tak semestinya baik untuk kita " , sebab aku percaya kita kena pertahankan sesuatu yang kita sayang walaupun perit macam mana pun dugaan yang datang . tapi jam ni baru aku sedar , manusia tak sekuat kata-kata hikmah , manusia juga boleh broke down macam kereta . berputus asa untuk mencuba . apakah setiap cubaan untuk bahagia wajib diseling dengan luka dahulu ?

Sebelum aku tulis entri ni aku berpegang " semua orang yang tinggalkan aku adalah orang yang tak sayangkan aku " , tapi jam ini aku sedar , orang yang aku sendiri tinggalkan tak semuanya aku benci bahkan pernah jadi pembakar semangat aku saat aku jatuh kedinginan sendiri . buat kesekian kalinya aku rasa sakitnya mencuba untuk menjauhi sesuatu yang aku sayangi .

Jauh sekali aku salahkan balasan yang aku terima , cuma caranya saja meninggalkan luka yang mungkin bertahan lama . bahkan mereka yang dulunya berkata-kata mengikut rentak sesuai hawa telinga aku pun hanya berakhir dalam masa lalu , tidak bertahan ke jam ini . tidak aku rayu cinta sempurna , hanya sekadar dapat menjaga hati .

Proses penyembuhan yang penuh tekanan . yang selalunya aku biar separuhnya menyewa semak fikirannya , kini sepenuhnya aku yang rasa . entah kan bertahan sampai ke mana . aku tak tahu kalau " bersendiri lebih baik " , jam ini aku rasa berdua yang terbaik . kadang kala hanya kata maaf yang tulus dapat melerai segala tapi jam ini ego menguasai semua . jika kesat dibalas kesat . mungkin ini sebaiknya penamat ..  :'

Tips Si Rabun Menjadi Normal

3 balasan ikhlas


Berkaca mata atau berkanta lekap ?? siapa cakap itu sahaja pilihan yang kita anda ??
wahai penghidap rabun sedunia , urat mata kita masih boleh dirawat , dan banyak kaum kita (penghidap rabun) yang berjaya keluar dari anasir kerabunan yang masih membelenggu ramai dari kita !! Tips dibawah berkesan juga untuk mereka yang berhadapan dengan tahap silau mata yang tinggi juga !



Carrot

Carrot.carrot.carrot ! sup carrot , jus carrot susu , coleslaw , everything make it with carrot !! 


Sayur 

Boring tapi berkesan ! makan mentah atau direbus ! banyakkan sayur dalam menu  !  sayuran hijau sangat tinggi khasiatnya untuk badan kita dan juga mata ! kurangkan gula ! once ada penyakit kencing manis , on the spot penglihatan kita akan terjejas !


Produk mata

Qurrotuaini . pernah dengar ? boleh search sendiri bukti keberkesanan produk tersebut yang sudah lama dalam pasaran Malaysia , cuma kurangnya dari aspek pemasaran , dan mungkin kerana harganya juga . boleh juga cuba Permata Hijrah dan lain-lain .


Ayat amalan

Sebagai orang Islam , kita beriman dengan Allah kan . DariNya datangnya sakit , dariNya juga kesembuhan akan datang . Berdoa , itu senjata kita . berikut bacaaan selepas baca doa selepas mendengar azan .


فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬

“maka kami hapus kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam” (lihat surah qaf (ق) ayat yg ke 22)

Kemudian hembuskan dekat belakang ibu jari , setelah itu gosokkan belakang ibu jari itu pada kedua mata dengan cara jari kanan untuk mata kanan, jari kiri untuk mata kiri. Bersangka baiklah pada Allah , InsyaAllah .. Tiada yang mustahil bagiNya , dan tiada penyakit dicipta tanpa penawar selain mati .


Pesanan Buat Bermata Empat

3 balasan ikhlas


Assalamualaikum.Agak-agak ada yang terkejut tak bila entri ni lalu kat reading list anda semua -.- tolong buat muka terkejut sekarang -.- ok. tiada paksaan untuk menjadi comel dimata saya ,tak nak ikut,takpa.

Hari ini hari isnin , heaven namanya kalau seorang student IPT boleh update entri ikan ?? KAN saja laa.. hari ni hari kedua saya bercuti sakit . kesakitan yang ditagih sendiri , agak padan muka aku yang agak comel-comel handsome begitu . ok , second heaven feeling bila dapat puji diri sendiri walaupun dalam keadaan kesihatan yang menyedihkan.

Buat gadis-gadis bujang yang risau akan keadaan saya , InsyaAllah saya masih berperang dengan sakit yang dicari sendiri ni .  Terdetik di hati ingin berkongsi pesanan buat mereka yang mengalami masalah rabun jauh/dekat , mereka yang memakai cermin mata , dan mereka yang tidak suka penampilan bercermin mata .

Contact Lens . Itu alternatif pertama dan utama kan bila kita rabun dan tak suka penampilan bercermin mata , kan ? Hygience , itu yang sangat-sangat perlu dititikberat bila anda memilih untuk mengguna kanta lekap sebenarnya . apa itu hygience ? Kebersihan . Cara menjaga kebersihan semasa penggunaan Contact Lens ? Sebelum itu , elakkan membeli CL berjenama mistik atau tak popular dan tidak diperakui keselamatannya , senang cerita , beli saja di kedai cermin mata sahaja .

Sebelum Pakai CL

1. Cuci muka dan pastikan air curi-curi masuk ke dalam mata , mata kita mungkin ada habuk walaupun kita cuma duduk dalam bilik/rumah 24 jam 7 hari seminggu -.-

2. Tangan perlu basuh , kesatkan pada tuala/tisu yang bersih , bukan tuala yang mak guna angkat periuk panas .

3. Sejurus buka penutup CL , jangan biar terdedah kepada udara terlalu lama , jangan melebihi 15 saat , kalau boleh rush macam Mr Bean rushing keluar rumah sambil pakai baju dalam kereta dia ha.

Semasa Pakai CL

1. Sangat digalakkkan beli cecair yang Blink eyes tu , setiap pengguna CL perlukannya walaupun kita fikir kita tak perlukannya , percayalah . botol kecik tu berfungsi untuk melembapkan bebola mata kita sambil mengawal pembiakan kuman pada CL yang berada atas mata hitam kita . Cuma titis dalam 30 minit sekali kalau mata kita tak terlalu kering .

2.  Jangan lah GOSOK mata anda semasa anda sedang memakai CL , marabahaya .

3. Jangan TIDUR . bersama CL dalam mata anda , itu akan mengakibatkan kuman dan habuk yang terkumpul di kanta lekap tersebut melekat pada bebola mata anda dan dalam keadaan aman untuk membiak semasa anda sedang bermimpi indah , walaupun tidur siang .

4. Tolong guna CL hanya untuk 8 jam , itu masa standard penggunaan CL , jika boleh , kurangkan jam penggunaan , itu lebih baik dan mulia . jika anda nak guna CL setiap hari , pastikan anda ada 2 pasang CL atau lebih  untuk berganti mengikut hari , CL perlukan rehat untuk potensi diri dia , macam kita juga .

Selepas Pakai CL

1. Wajib cuci muka dan biar air masuk mata kita juga untuk cuci habuk yang kita bawa sepanjang hari .

2. Dengan tangan yang bersih , masukkan CL ke dalam bekas dia , jangan kedekut untuk tuang solution dia .

3. Pastikan setiap hari anda gantikan solution CL dalam bekas walaupun anda tak guna pada hari tersebut . 

4. Paling kurang dan ideal , CL perlukan masa 6 jam untuk berendam dalam solution sebelum diguna semula .

Jika anda gagal berbuat seperti saranan saya diatas , anda akan berakhir seperti segelintir pengguna CL yang mengalami ulser mata dan sebagainya . Soal penglihatan bukan perkara mainan . disebabkan saya sendiri gagal mengamalkan aspek penjagaan CL dengan baik sebelum ni , saya dapat cuti untuk muhasabah diri selama seminggu dan ditemani pandangan mata yang menyedihkan , cuma mampu berdoa dan titis ubat mata sesuai arahan doktor mata . what else i can say , no more CL . ever and never again . wasalam .

jika berlapang dada , mohon jasa baik titipkan doa buat kesihatan saya naa xD


 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be