silent reader(s)

Wanita Malaysia Bercitarasa Tinggi ?

3 balasan ikhlas




Statistik yang dikeluarkan oleh Prof. Madya Dr Harlina Halizah Siraj , menyatakan bahawa bilangan lelaki melebih wanita dengan kadar nisbah 106 :100

Sekarang hala kot mana perempuan terdesak untuk ganggu suami orang , boyfriend orang , atuk orang ?? tunang orang ?? ehem.. macam aneh kan ?? pegangan kita selama ini sangat tersasar kan ? terang sudah lelaki yang perlu kacau isteri orang ? ehh idak lah begitu.. berdosa meruntuhkan rumahtangga orang lain..mak kita tak ajar kan ? -.-

Memetik tajuk entri , tiada salahnya wanita Malaysia kita memilih dalam mencari pasangan hidup , tak bagus la tangkap muat, ni bukan soal nak isi usus , ni soal memilih seseorang yang kita akan menghadap sepanjang hayat kita nanti , seseorang yang akan menghiasi hari-hari kita , bunyi gerun tak ? haha.. harus lah pilih dengan serius,biar lambat asalkan berpuas hati , biar lah uban membiak seluruh kepala , janji kita tidak salah memilih ,begitu ?? parah kan .

Kalau 6 orang lelaki yang masih bujang tu beragama Budha sekalipun , takkan nak paksa mereka jadi sami kan ? dah perempuan dop cukup ha ? itupun ada lelaki yang berhabis-habisan penuhkan kuota hati , bukan kuota nikah , itu lagi satu masalah..KAN..hahakk..

Memilih itu baik untuk kualiti , terlalu memilih baru namanya cerewet..jauhi lah sikap cerewet,kita semua manusia , tak terlalu buruk untuk dikeji , tak pula terlalu sempurna untuk disanjung tinggi.

Pada pendapat suci saya , perempuan yang bercitarasa tinggi itu mesti dalam kalangan mereka yang sudah meneraju ekonomi hidup mereka sendiri , bukan 'kanak-kanak' di sekolah menengah mahupun kolej , susah sangat nak jumpa 'kanak-kanak' berstatus single sekarang , dop percaya moh pegi ke mukabuku , sokmo taken ! takda taste pun susah juga..KAN..

wanita yang demand tak semestinya pisau cukur , tetapi sesetengah memang pisau cukur .. kita kena pandai bezakan jenis pisau cukur atau jenis nak uji kesungguhan kita :D


Blog Hang Nama Apa ? Err

4 balasan ikhlas


" err..err..err..err...err..err..? ada la..tak boleh bagitau ar " .. diari manual pertama bermula dari umur aku 14 tahun dengan jayanya dibakar pada usia aku 15 tahun , diari digital pun hampa nak tau ? not this time..i'm not ready for this,maybe forever . well , bukan aku seorang saja yang open kepada stranger berbanding mereka yang terdekat,orang lain pun ada rahsiakan blog diorang dari anasir-anasir judgemental terdekat -.- kan..kan..kan..baca dengan nada annnoying ok.KAN..

tiba-tiba muncul entri ni , berharap rakan-rakan bloggers di sini sudi berdoa esok harinya indah , mudahkan segala bagi saya menamatkan semester ini dengan final exam esok nih ! boleh doakan saya ? kekasih hati yang jauh dari nyata bersemadi di hati , Umi..doakan anak Umi boleh hadap semuanya , Ramadhan makin hampir , ku pohonkan rahmatNya sentiasa milik Umi disana . amin .amin .amin . Moga rehat yang aman dan dalam kalangan mereka yang beriman .

InsyaAllah semester terakhir akan bermula pertengahan tahun ni .. walau ada beberapa kesulitan disitu.aku akan cuba , cuba , moga Alla permudahkan segalanya .. sekarang aku makin yakin dengan jalan yang aku pilih , bersandarkan semangat dari saudara satu rahim yang sama , abang aku satu-satunya , dan juga dorongan dari seseorang yang sangat bersabar dengan baran aku , girl , i really appreciated it . 

petik tajuk entri , tu soalan dari salah seorang sepupu aku masa petang tadi . aku tak terbuka untuk berkongsi tulisan peribadi aku dengan mereka , not yet . bagi mereka yang 'terjumpa' blog aku tanpa kerelaan aku ,dinasihatkan jangan view dah , tak kuasa aku nak bayangkan mentaliti orang judgemental macam anda . serius .  banyak lagi bahan bacaan di luar sana yang lebih mengisi minda judgemental anda , such as magazines , komik , harakah .. harakah ? invisible.

xoxo

Kenapa Bencikan Perbezaan ?

1 balasan ikhlas


" aku tinggi , kau rendah , aku menarik " , " aku putih , kau gelap , kau dayang senandung " , aku bulat , kau ada shape , aku comey , eh kau cantik , aku out of range" , " kau ada S5 , aku ada SS -.- , aku ketinggalan" , " aku umno , kau pas , aku albino , kau tindas " uhh ter-politik sedikit .

Bila dua perkara/hal/subjek/orang/sifat bertembung , kenapa wajib salah satu dijadikan sesuatu yang negatif ? tak boleh ka dua-dua diiktiraf positif ? Perbezaan bukan untuk dibenci tetapi dijadikan variety dalam warna hidup kita . cuba tengok alien , satu bentuk , satu warna , nak cam pun susah kan ? tiada persaingan , tiada keunikan , tak bosan er ?

Setiap sesuatu yang Allah wujudkan di atas muka bumi semuanya berfungsi . " kau gelap , kau takda guna , packing barang kau , nyah kau ke Pulau Perhentian jaga penyu sana ! " excuse me , orang yang gelap , daya tahan kulit mereka lebih kuat berbanding kita yang cerah , tau ? 'kita' ? tanpa mereka , mungkin gelap Malaysia hari ini , tiada landasan kereta api , tiada minyak kelapa sawit , minyak jagung pun , kebanyakan buruh yang jadi tenaga kerja untuk pengeluar rata-rata berkulit gelap tau ! bukan berkulit cerah , kerja dalam pejabat berhawa dingin tapi setiap bulan berganti majikan , apa kes cik putih ? tak tahan sangat walaupun bekerja dalam musim winter sonata ? just saying .

" Aku anak bangsawan , kau anak kerani , kau tak layak tegur aku ! " Perlu ka kita sawan sebab pangkat ibu ayah kita ? bukan kita kot . itu pencapaian mereka , tiada kaitan dengan kita melainkan sebagai turning point untuk kita capai lebih dari mereka , instead of  berbangga tak kena tempat , baik selak buku , ada juga manfaat , tapi bukan buku mangga la ! " ha memang mak aku kerani tudm , ayah aku YB kot ! Yang Baran -.- "  Remember , bertengkar dengan orang spesies begitu , walaupun kau menang , kau dengan dia tetap retard sebenarnya , sesungguhnya .

In a nutshell , cintai lah perbezaan sebab tak semua yang berbeza itu buruk bagi kita , cuma perlu flip sikit kita punya persepsi kuno . Dengan menerima perbezaan , kita akan sedar keunikan yang ada dalam setiap satu ciptaan Allah . Semua ciptaanNya cantik , even penyu kat Pulau Perhentian , inikan pula manusia yang mampu tersenyum , percayalah , walaupun jonggang , kuning , senget , gusi panjang , tak teratur , senyuman setiap orang adalah penyeri pada wajah kita sesungguhnya .. senyumlah meski yang lain sedang tersenyum melihat kejatuhan anda :D

Alhamdulillah..hari ni aku handsome macam biasa..


 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be