silent reader(s)

Once Player Always Player

2 balasan ikhlas


Semua mai duduk rapat-rapat  , cikgu hari ni nak berfalsafah atau berkongsi failsampah sejak bertahun-tahun berkecimpung dalam bidang cinta antara insan . daripada bercakap sesuatu yang kita kurang pasti , lebih baik kita berkongsi perkara yang kita tahu dan pernah mengalami , tak begitu ?

Setiap dari kita pernah bercinta , pernah sukakan seseorang , pernah dilukakan dan pernah melukakan , kan ? itu cuma satu proses semulajadi bagi kita sebagai manusia untuk berkasih sayang namun belum masanya yang tepat , jadi , cinta itu tak begitu berjaya . tergendala di tengah jalan , kadang-kala meninggalkan kesan yang mendalam sehinggakan terbit rasa cuak untuk bercinta lagi . tiada seorang pun dari kita rela dilukai , kita semua berasal dari fitrah yang sama , ingin disayangi tanpa syarat . namun percaya lah , Allah tidak ciptakan semua manusia itu jahat , dan mereka yang jahat pun bukan lah untuk selamanya .

Cinta terjejas reputasinya apabila ia dilakon oleh insan yang berhati bukan manusia , mempermainkan perasaan , menjadi seorang yang tamak , mementingkan perasaan sendiri . lalu cinta disalahkan , cinta dibuta-butakan sewenang-wenangnya . cinta tak buta andai cinta diiringi akal pertimbangan waras . cinta buta hanya bagi mereka yang tidak berakal , itu golongan fauna ya , walau fauna tidak dikurnia akal tapi mereka mampu berkasih sayang dengan adanya emosi . kita yang dianugerah akal , emosi , pertimbangan hak dan bathil , cukup sempurna namun kita tak berjaya mengemudi perasaan dan tindakan dengan jaya . mengapa ya ?


Entri ini berbaur kecewa atau berbunga-bunga ? bergantung pada nada bacaan anda dan juga sejauh mana pemahaman anda mengenai cinta . saya agak malu untuk merujuk masa silam penuh kejahilan diungkit-ungkit semula namun pengajaran yang saya dapat dari lebih 50 orang gadis spesifik kepada pengalaman berharga buat saya dalam mempelajari psikologi kaum Hawa . sayangnya , sehingga hari ini , saya tak mampu memahami hati seorang perempuan secara total . Alhamdulillah perubahan demi perubahan telah berhasil untuk meninggalkan tabiat silam dahulu . namun , tak semua mahu percaya , deme kata ' once player , forever player ' .


Secret Hidden Place

2 balasan ikhlas

Masa kecik-kecik , mesti ramai yang ada tempat persembunyian tersendiri dan seseorang paling rapat saja akan tahu pasal tempat tu kan ? bagi aku , sampai sekarang aku ada tempat untuk lepaskan beban realiti , menangis , tempat itu tempat aku . setelah hampir setahun aku tak jejak kaki kat sini , macam bajet bahagia saja dalam tempoh tu kan . sekarang aku sampai kat sini lagi , suasana masih sama , buat hati aku nak jadi diri aku yang dulu , walaupun mungkin salah di mata orang lain . selagi tak salah di sisi Pencipta aku , pergi ke kubur la semua kritikan-kritikan tak berakal tu eh .




Tempat ni jadi ecsapism bagi aku dari semua masalah-masalah aku sebelum ni , walaupun bising , aku rasa tenang kat sini , yang penting , jauh dari dunia luar dan rumah aku ! bahagianya kalau ni rumah aku .. mungkin rumah aku nanti aku akan decorate macam tempat ni . bersabarlah kepada bakal-bakal peneman aku nanti ..

Paling special pasal tempat ni , line internet dia laju tahap Subaru Impreza , tahu laju dia ?? memang terbaik ..
the best escape .

Gentleman sweats

0 balasan ikhlas


Since last night i've planned lots of activities that i wanna do for today such as sleeping , crawling to bed , rolling over floor and surfing the wall .. but then i'd to cancel it all somehow . i just finished some gentleman's task , huh . do some laundry stuff since tomorrow would be classes hurm .. but somehow , i feel thankful for the life i've been given , i'm the Independent Guy ever . unlike some other guys i happened to know that they're still dont wash their own cloths even at 21 ? for the worse , their moms handle that ?

What kind of gentleman's stuff  i'd done , yea , renovate my own room in order to avoid crowded view for my own satisfaction . it seem like just a piece of task , anyway i'm sweating -.- thats another good news for my calories huh . i bet they're happy that i'd workout on weekend -.- how i wish i still in kindergarten

Nikmat Mandi Bersama Cinta

0 balasan ikhlas


Orang selalunya beriadah hujung minggu kan , waktu tu saja yang lapang pun . tiba-tiba datang mood nak mandi peluh hari ini , sebelum sesi mandi peluh , saya leka berjam-jam juga lamanya bercakap dengan penyambut pesanan Pizza hut dan Domino's Pizza , agak kesedihan bagi sepupu yang teringin nak makan pizza hut tapi tak nak keluar rumah bila operator cakap kampung kami ini out of zone . hulu sangat kah kami ?

Pizza Hut chilex saja sambut saya dengan berbahasa melayu , tapi bila penyambut telefon di Domino's Pizza , alahai pekatnya bahasa penjajahnya , untuk first trial memang terus matikan panggilan tersebut . tiba-tiba darah gemuruh bergelora kan . untuk second call trial , terus serbu bahasa ibunda , siap dengan ayat " ada penghantaran kat kampung tak ? " .. ambik nah .. second trial ni awek yang sambut , rasa darah gemuruh bertukar darah gatal sikit eh . dia cakap , " sayang bagi dulu alamat , nanti baby check dalam list delivery kami " . memang dalam mimpi la kalau dia cakap macam itu kan . untuk menulis dalam bahasa English memang bukan satu masalah besar buat saya namun untuk berdialog dengan orang , bahkan bahasa ibunda pun saya tak teratur , ini soal gemuruh dan kurang keyakinan walaupun hanya dalam panggilan ! at least , saya cuba kan .

Lepas adegan kesedihan dan kehampaan para sepupu yang mengidam pizza , kami redakan nafsu makan dengan keluarkan peluh jantan , bermain badminton dalam halaman rumah . tak sampai 30 minit rasanya , memang mandi sauna kat situ . lepas ni rancang nak main kat mini stadium atau taman pulak . tiba-tiba teringat esok ada kuliah , ya presentation sekali , terus rasa nak basuh kesayangan yang agak baru hidup  kurang dari 3 bulan bersama saya sejak transport sebelum ini dihilangkan orang . sob sub sub way . jangan dikenang hal yang lalu . sejak ada shampoo khas untuk kesayangan , macam kerap saja mandikan dia . dia pun semacam meronta-ronta meminta dimandikan selalu eh . since bukan duit saya yang bayar bil air , i'm ok with it . huh . kini saya lebih yakin untuk presentation pagi esok ! apa kaitan ?

Memang la cuma RM 5 saja untuk basuh cinta kita kat car wash tapi , kalau kita mandikan dia sendiri kan lebih afdal ,kita boleh gosok-gosok bahagian yang pekerja kedai takkan gosok , semestinya bila kita cuci sendiri akan lebih bersih , saya tak tahu la kalau ada tempat yang boleh cuci sebersih saya cuci sendiri ?
saya puas hati bila sesuatu tu saya boleh buat dengan lebih baik berbanding lepaskan kepada orang lain , tak setuju ? itupun aktiviti beriadah juga , kalau ada masa lapang la kan .


Kalau Najib Tahu..

5 balasan ikhlas







Hari ni dapat Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) maka hari ni juga berjaya habiskan RM 100 dengan pembelian item diatas .. Alhamdulillah , saya dapat baucar RM 10 plus 1 baucar snack plate KFC (sila jealous) untuk makluman gadis-gadis yang belum berpunya , sila hubungi saya jika berminat untuk tahu lebih lanjut tempat-tempat yang boleh anda belanjakan BB1M anda dengan berhemah seperti saya xD , cooling table fan untuk laptop dan beg laptop untuk RM 100 , berhemah sangat... :l

Pembetulan , gadis-gadis yang sudah berpunya pun boleh tanya , tak lupa juga jejaka-jejaka lain yang nak tahu . hal tak appropriate macam ni malas nak letak details , kan kedai tu kena banned , merana saya tak dapat beli belanjakan BB1M kat kedai dia dah kan .

Memang la banyak tempat atau kedai yang anda boleh belanjakan BB1M anda tu , tapi tak banyak tempat yang tawarkan ganjaran sebegini bila anda belanjakan satu jumlah tertentu . saya belanjakan RM 100 daripada baucar tersebut dan saya dapat RM 10 baucar dari kedai tersebut untuk berbelanja di kedai itu juga dan 1 baucar snack plate KFC . kalau anda berbelanja baucar lebih banyak di kedai tu , lebih banyak la baucar dari kedai tu anda akan dapat ya , termasuk baucar KFC yang lebih hebat dari snack plate saya , tapi alhamdulillah walaupun snack plate kan .

Kedai tersebut juga merupakan sebuah kedai buku , selain mereka juga ada menjual perkakasan komputer seperti cooler , beg laptop , laptop skin , cleaning kit , mp player dalam bentuk menarik , Al-Quran Digital , power bank dari harga puluhan hingga ratusan serta hard disk , just to name a few .

Jika anda seorang yang strict , saya sarankan anda berbelanja BB1M anda di tempat seperti Hasani , Popular , dan banyak lagi , cuma kedai atau tempat sedemikian tiada tawaran kepsi , itu saja yang lain selain tempat sebegitu sangat strict dalam follow government condition untuk berbelanja BB1M , yang 80% 20% semua tu la , kena beli buku la , stationary tak boleh lebih dari 20% la , camtu lah conditions yang sebenarnya semua tempat atau agen yang menerima BB1M sepatutnya patuhi .

Akhir kata , i love you Najib xD lebih sayang kalau BB1M ditransformasi jadi duit untuk pemberian 2015 , diikutkan pemberian BR1M bagi kategori bujang yang berjumlah RM 300 lebih layak kepada para pelajar yang saya rasa lebih memerlukan , sebab tak semua buku atau sumber akademik dalam semua bidang ditawarkan di kedai-kedai yang menjadi agen BB1M , kalau pemberian dalam bentuk tunai semestinya lebih mudah kan . ayat..

Badan Tampil Tough Dengan Dumbell

0 balasan ikhlas

Sebut nama dumbell memang tak asing dalam kalangan lelaki , kalau perempuan ? sebenarnya perempuan pun boleh mengaplikasikan senaman dengan dumbell ,cuma anda perlu cari cara-cara yang betul dan berat dumbell mesti lah tak terlalu berat ya wahai kaum yang lemah . satu lagi , bersenam dengan dumbell mampu meningkatkan tahap metabolisma tubuh seseorang tau . makna nya ? sangat sesuai bagi mereka yang nak turunkan berat badan dan bagi mereka yang risau berat badan mudah naik ya .

Dumbell datang dalam berat yang pelbagai , anda boleh pilih sama ada 1kg , 2.5 kg , 3.5 kg , atau nak lebih mudah , beli saja 1 set terus kan seperti dibawah ini .




Banyak jenis pergerakan senaman yang kita boleh praktik dengan alat dumbell ini . antaranya ialah bend over row ,  bicep curls , chest press kena ada yoga ball sekali ya , tricep kick back , plie squat , shoulder press , straight leg deadlift , weight crunch untuk bentuk bahagian atas perut , dumbell pull in untuk bentuk bahagian bawah abs dan twiesties untuk otot sisi abs . semua senaman ini berkesan untuk pembentukan six packs .

Diingatkan ya bagi beginner , setiap set senaman diulangi sebanyak 3x set dan 10 ulangan . pemilihan dumbell haruslah bersesuaian dengan kemampuan anda , jangan memilih terlalu berat , namun , jika dumbell yang anda guna tidak membuat anda rasa sakit sedikit pun , dan tidak membuat anda lemah walaupun pada 18x ulangan , sebaiknya anda mengambil dumbell yang lebih berat dari itu . no pain , no gain !

Untuk anda lebih faham lagi , perhatikan pergerakan dalam video dibawah .


Pencarian Yang Tertangguh

3 balasan ikhlas


Dari Kedah sampai ke Penang semata-mata mencari sehelai kemeja , berhari-hari , sekarang baru saya faham , kenapa kebanyakan orang yang berpakaian formal boleh dikatakan semuanya tunjuk punggung dan fit , tak kira lelaki atau perempuan , rupa-rupanya memang itu lah yang available pun dalam kebanyakan shopping mall di Penang , dan butik atau pusat pakaian tawarkan cutting yang sama . adakah semuanya sudah prefer fesyen fitted sekarang eh ? tertanya-tanya juga , jika begini caranya market di Penang dan Kedah secara amnya , bagaimana mereka yang bersaiz besar atau mereka yang prefer something loose untuk berpakaian juga ya ? atau mereka ada source yang tersembunyi ? kukihkukih. buat pertama kali saya jejak kaki di Sunshine Bertam semenjak dibuka pada November 2013 . tiada juga kemeja yang sesuai dengan jiwa sendiri .


Dalam pada masa saya merungkai isu kemeja sambil dipanah sinaran UV bertub-tubi untuk hari ini , terjumpa Skittle , reda sikit amarah yang memuncak-muncak dari azali . nampak tak huruf kat ceklat tu ?
S for Superman and Shafiq xD ngee


Inilah lunch yang merangkumi makan malam juga , pizza dalam aluminium foil dari StarBaker , stall diorang betul-betul located kat entrance Sunshine Bertam . reasonable price , great taste instead !

In conclusion , Sunshine ni ok la untuk deme yang berdekatan Kepala Batas tu , tak payah dah sesakkan diri kat Sunway Carnival , setakat nak tengok wayang ,boleh la .. barang-barang lain macam kasut , beg , baju-baju berjenama , not to mention also cool blog stall memang ada laa .. terbaik ! selain tu , popcorn dijual first floor memang tak pernah saya jumpa kat tempat lain .

Kalau ada nak cadang tempat yang jual kemeja formal , warna white plain , silakan ya ,sangat dihargai , tapi area utara saja la kalau boleh dalam Penang :'

Duit Tak Cukup

9 balasan ikhlas


Sekiranya kita menunggu duit berkarung-karung baru nak keluarkan duit untuk kebaikan , nescaya duit kita takkan pernah cukup . dah tahu duit takkan cukup , kenapa nak bersedekah kan ? bagi diri saya , masa kita kesempitan duit lah waktu untuk kita bersedekah . tak boleh ? nak top up ? nak tukar telefon baru ? tambang bas ? mudah-mudahan entri ini dapat menerbitkan satu rasa asing dalam hati individu yang tidak gemar bersedekah selama ini dan pada masa yang sama tidak pula membenihkan rasa riak dalam hati saya . 

" aku sendiri pun bawah tanggungan ibu bapa , inikan pula nak bersedekah..tunggu kerja nanti la "
" peminta sedekah tu semua penipu belaka , entah-entah lebih kaya dari kita "
" hish , tak payah lah bagi sedekah kat budak tu , nanti duit tu bukan dia dapat pun , agen yang kaut semua! "

Frankly speaking , saya sendiri pernah mengeluarkan dialog kebiasaan seperti diatas sebelum ini . namun , selepas dengar penerangan orang Alim bahawa jika kita bersedekah walhal peminta sedekah itu seorang penipu , dua ganjaran pahala buat kita , pahala bersedekah dan pahala ditipu . sistem Allah Subaha Naallah Taala tidak terbanding sempurnanya , bukan sistem dunia yang dicipta manusia yang kalau orang tengah menipu , duit kita melayang , bil-bil jadi tertunggak , kita dapat habuk saja kan ?

Saya yang dulu bukan lah seorang yang kedekut tapi lebih kepada sifat utamakan keperluan diri .asal bunyi macam sama saja ? bukan nilai matawang jadi ukuran tapi niat untuk bersedekah itu sekiranya luhur kerana Allah , maka berkat lah hidup di dunia yang serba kedekut sekarang . bersedekah bagi saya sudah seperti alah bisa tegal biasa , memang perih waktu nak mulakan hobi bersedekah , " RM 1 tu boleh beli air milo ori kat pasar malam tu.. " , " RM 1 tu campur dengan RM 34 dalam tabung tu boleh beli sweater ala korea dah tu.. " , " RM 1 tu boleh beli karipap besar yang isi sikit tu.. " itulah antara hasutan nafsu kedekut yang hampir kesemua manusia pernah alami termasuk saya . seriously , amalan baik macam ni waktu mula memang macam Nauzubillah , Ya Allah ... MasyaAllah... Redhakan-redhakanlah hati ku Ya Allah .. tapi kan bila dah terbiasa , bila makcik yang saya selalu hulur sedikit sumbangan kat pasar malam tu takda , saya pula jadi tercari-cari .. ini bukan bajet ya . InsyaAllah . seeloknya makin hari makin bertambah la jumlah sedekah , jangan pula dalam bersedekah pun masih tak hakis sikap kedekut kita .

" Dia boleh la , mak ayah orang senang , kita ni cukup-cukup makan saja , nak bersedekah ? "
" Kau nak sedekah , kau sedekah sorang-sorang , benda macam ni bukan boleh dipaksa , nanti tak ikhlas "
" Tunjuk baik konon , boleh dapat pahala ka orang camtu ? "

Memang , nak bersedekah secara terbuka contohnya di pasar malam , dua perkara yang mungkin berlaku , niat kita terpesong saat duit bertukar milik atau kita dijadikan bahan sindiran orang yang melihat . sebaiknya selepas bersedekah terus jalan tanpa berlengah , itu mungkin cara saya untuk bagi orang sekeliling tak perasan muka saya , mungkin anda boleh cuba ? (kukihkukih) lagi pula , orang lain kan tengah sibuk tawar-menawar , nama pun pasar malam , syurga bagi mereka bermuka bargain dengan selera besar :l

Satu perkongsian lagi , bagi mereka yang pernah berniat untuk membeli tanah wakaf tapi tidak tahu lokasi yang tepat dan boleh dipercayai untuk mula , saya sarankan berwakaf lah di Pejabat Pos Malaysia , ini bukan lawak , Pos Malaysia sudah menjadi agen pelbagai dah tau sekarang . saya sendiri baru berwakaf hari ini untuk pembinaan kolej bagi anak-anak yatim dan bertempat di Setiu , Terengganu, semoga berkat bersedekah pada hari Penghulu Segala Hari . ambil nombor giliran , isi borang ringkas , bayar duit , terima resit , tak sampai setengah jam pun , namun kebaikannya , Allah SubahanaAllah saja yang Maha Mengetahui . 

Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala.

Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama’) berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.

Ia merupakan suatu amal jariah iaitu pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah Subhanahu Wa Taala kepada pewakaf selagi mana harta atau sesuatu yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.

Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah Taala, dengan demikian kedudukan harta waqaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah ( diberi ) , diwarisi dan dipusakai.

Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala seperti firman Allah :

﴿ مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةٍُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ ﴾
سورة البقرة : ۲٦١

“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.
( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )

Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud "

عَنْ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ : ‏ ‏إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. ‏
﴿ رواه مسلم ﴾

“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya."
( Hadis Riwayat Muslim )

Hikmah Berwakaf

- menzahirkan pengabdian diri kepada allah s.w.t sebagai langkah mendekatkan diri kepada allah s.w.t ,
- mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia
- berkongsi manfaat dikalangan umat islam dalam menyemarakkan syiar islam.
- mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah
- mengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset umat islam di Malaysia khususnya.

" waqaf is like what small seeds could grow supreme deeds "

Khasiat Senyuman

2 balasan ikhlas


1.     Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

2.     satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

3.     kita hanya menggunakan 17 otot muka untuk senyum berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4.     Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5.     Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.namun jika ketawa berlebihan , anda perlu pemeriksaan pakar jiwa .

6.     “ Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.

7.     Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8.     Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

9.     merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

10.   Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.

11.   Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

12.   Ketawa dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.

13.   mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah .

14.   Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramal makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).


Senyum umpama suria yang membawa cahaya , senyum lah dari hati senyuman mu kan berseri :D
bersederhanalah dalam sesuatu perkara .

Onomatophobia - Fobia Pada Nama

1 balasan ikhlas


Pengalaman yang pernah kita alami atau bakal hadapi , semestinya pengalaman yang baik kita akan seronok bila teringat , kalau sebaliknya ? Pengalaman bersifat mengajar kita , bukan untuk menakutkan kita , bukan juga alarm untuk meletakkan diri kita dalam sesuatu zon selamat . boleh bayangkan hidup tanpa pengalaman ? " anda pernah terjatuh tak ? " "tak." "anda pernah masuk hospital ? " , " tak . " "anda pernah bercinta ?" , " tak ." ok . ada pepatah yang tak diketahui asalnya yang berbunyi " if you did nothing wrong throughout your life , you did nothing in your life " . idak lah bermaksud kita perlu buat kesalahan , idaklah wajib buat kesalahan , cuma kita perlu reset mind setting kita yang meletakkan pengalaman buruk itu teruk dari beruk . sometimes we just got to let the hurts go , the pain dissapears , but not what the experience itself taught us .

Sedikit perkongsian bersifat agak peribadi , saya tak berapa selesa bila mulakan perkenalan dan mereka bernama seperti Saiful , Amira , Mimi , Nabila . hanya setakat itu yang boleh saya kongsikan , fobia kecil saya yang paling terbaru buat masa sekarang bermula dari tahun 2011 , yang lagi baru tiada lagi ya . setakat ini saya baru jumpa seorang individu yang ada fobia nama macam saya , saya nasihatkan dia , " jangan sebab seorang jahat guna nama yang sama , semua yang guna nama tu pun akan jahat " , tapi hakikatnya saya sendiri masih terikat dengan fobia kecil ini . 

Selalunya orang yang menghidap certain fobia , individu tersebut cenderung pernah alami sakit dari segi fizikal atau mental dari sesuatu sumber berkaitan yang menyebabkan dia bencikan atau hindari sesuatu yang buat dia rasa insecure , tak selesa dan sebagainya . sebaiknya , jangan lah kita mentertawakan jenis-jenis fobia yang orang di sekeliling kita alami . jangan lah pula takutkan sesuatu yang lain melebihi rasa takut kita pada Allah pula . saya rasa tak ada salahnya kita alami fobia semulajadi dari pengalaman lampau , cuma jangan layankan sangat saja , untuk menghalang reaksi dalaman seakan sukar cuma kita perlu atasi sekiranya fobia yang kita alami itu menandingi kewarasan akal dan menjejas diri kita sendiri .

Setiap lagu ada kisahnya , setiap gambar ada kenangannya , sebalik fobia ada pengalamannya ?

Busier Like Ever

2 balasan ikhlas



First of all , i wanna say Happy Women's Day World to all beautiful mama across the globe , not to mention also my sweetheart , at last but not least to all the women bloggers here . seriously i cant imagine the world without women , a man without wife , a kitchen without a chef , a Mr Right without a Mrs Always Right
-.- the worst nightmare ever

Since i just got into new sem recently , it takes time for me to get used to adapt a life as a student , again . suit myself , this sem turn out to be a really rushing hours , assingments seems like hell , i'l have my first presentation for tomorrow , and i'm updating my blog , yeah ! 

Please , as all of you praying for MH370 to be found as fast as possible , do pray for me too , that would be great having prayers from all of you , dont forget study is jihad :D


Lelaki Tak Guna

8 balasan ikhlas


Assalamualaikum . mesti ada yang fikir entri ni ada kaitan dengan khutbah jumaat hari ni . betul tu .. memang takda kaitan . pagi tadi saya keluar membuang sarap , singgah di kedai berdekatan pasar . lepas pesan air holick dengan 1 set cucur udang , saya pun jadi tugu kehormat selama beberapa minit . semasa kusyuk jadi tugu di situ , saya sempat tangkap butir perbualan dua orang makcik . makin difahami , mereka sedang berbicara soal kahwin lain , datang pula seorang awek perempuan muda cerah warna kulitnya menyapa mereka dengan ayat " takdak,takda aih,tak mau kahwin lain .. " . ligat otak berfikir dan come out dengan idea , awek muda ni janda ka .. perempuan muda tu pun bergegas pergi sambil bercakap dalam telefon . " nak kahwin lagi buat apa , kahwin pun kita yang kena kerja " mula salah seorang makcik kat situ . " kahwin pun takat nak b***** sekali sekala saja " , uii tersentak sat saya dengar . " hurm sekali sekala apa , tak mau dah aih " , sambung makcik yang duduk dihadapan makcik yang mulakan isu 18sx tadi . ya , aku masih disitu , semakin tugu-kan diri . adakah itu punca makcik tadi usha rapat kat aku masa aku masuk kedai tu .. begitu tidak bergunanya lelaki zaman sekarang di mata makcik dua orang ni ? 


adakah ini kerana penangan lagu ni ? 

berdasarkan pengamatan saya , makcik pembuka topik tu bercakap berdasarkan pengalaman terdekat , mungkin dirinya sendiri tidak diperlakukan dengan baik oleh suami atau bekas suaminya . sampai ke situ jauhnya kenyataan yang dikeluarkan . isu macam tu tak sedap dibahas di tempat umum , selain sensiviti jantina , kita perlu juga jaga adab pertuturan kita bila di khalayak kan ? rasa nak mencelah tapi tak dijemput pula . tak semua lelaki camtu makcik naa , masih ada yang betul-betul jaga kebajikan isteri , tapi yang pasti lelaki baik yang jumlahnya agak ciput , sekarang market mereka sangat lah tinggi , jarang dijumpai dalam versi single & available . kalau jumpa , ikat kejap-kejap . ehem . 

"Lelaki memang tak guna  .. " itulah ayat terakhir yang aku dengar sebelum aku berangkat..fuuhh

Keep Your Private Life Private

4 balasan ikhlas

Sekarang dah macam hujan social networking kan , bermula dengan friendster , myspace , facebook , twitter , whatsap , wechat , kakaotalk , tapi semua tu jika dibandingkan dengan laman blogspot agak berbeza sebab blogspot umpama medan evergreen bukan trending macam yang lain-lain , myspace umpamanya dulu sangat digilai sekarang kemana menyepi ?

Kemunculan bersilih ganti laman jaringan percuma untuk kita bersosial dengan masyarakat seharusnya digunakan sebaik mungkin . pensyarah sekarang kebanyakannya nak assesments atau assignments submittion via email , nak praktik pendidikan maya katanya , saya pun baru nak aplikasikan , ya , hampir di hujung-hujung semester yang berbaki kurang dari setahun ni . bila difikirkan balik , macam cantik ja belajar maya , wow , dalam bilik .. depan laptop .. secawan holick kat tepi .. selesanya belajar maya xD 

Di tengah keriuhan media tidak bersurut mengenai MH370 , bahangnya masih terasa di blogspot ini . bukan lah tidak mahu mengikut arus , cuma saya rasa terlalu ramai sudah pengulas tegar kejadian tersebut , kehadiran pengulasan dari saya umpama melukut di tepi gantang rasanya nanti . bukan pula tidak peduli , tidak mengambil pusing atau muak , cuma saya mengikuti perkembangan melalui saluran yang sahih sahaja , bukan pula blogspot tidak sahih , namun harus diakui maklumat dari blogspot harus ditapis sebelum diterima pakai .

Kembali pada tajuk entri , dalam melayari arus perdana yang juga dikenali zaman edan iaitu zaman gila dan dalam konteks yang saya inigin bicara di sini adalah gila kecanggihan dengan jaringan hubungan sosial yang semakin hari semakin mudah , ada segelintir individu yang tidak begitu memahami jangkauan seremeh -remeh maklumat peribadinya yang dikongsi di laman sosial boleh mengundang bahaya kepada dirinya sendiri . tak semua perkara perlu dihebah pada umum , bercakap bila ada ilmu untuk disampaikan , berdiam bila tiada yang bermanfaat untuk dibicarakan , begitu juga lah dengan kemaskini status di Facebook , Twitter dan sebagainya . kehidupan peribadi kita harus kekal sebagai peribadi , contohnya nombor telefon , nama penuh , bukan dijadikan bahan hebahan yang sia-sia di laman-laman sosial .

Tak kurang juga perkongsian masalah rumahtangga , sangat tak patut dikongsikan dengan umum . ya , betul kita perlu meluahkan perasaan atau tekanan dalaman dengan luahan rasa , sebaiknya cari seseorang individu yang boleh diterima pakai kata-katanya , bukan meluah tekanan di laman sosial , bukan juga berkongsi dengan seseorang yang mendorong kita ke arah jahanam juga . masalah dalaman keluarga sebaiknya diselesaikan dalam kalangan keluarga , bukan di laman sosial . sebagai seorang anak , isteri , mahupun seorang suami , tindakan meluahkan kekecewaan terhadap ahli keluarga pada pengetahuan umum sangat tidak profesional . jika anda salah seorang yang gemar berbuat demikian , henti-hentikan lah .


man jadda wa jadda xD





Jangan Terhantuk Baru Terngadah

8 balasan ikhlas

Tajuk macam jatuh cinta dalam musim tengkujuh pun ada . yang pasti entri ni mengenai punca saya tak aktif blogging selama seminggu dalam bulan Januari yang lalu , itupun kalau ada orang perasan la kan . rasanya ekoran dari tak aktif seminggu tu lah buat saya hilang hati untuk ber-blogging , hilang sangat la kan . entri pun dah tak tubik selalu kan cuma bila saya rasa perlu sahaja .

Tanpa membuang masa , toraaa !!! tak payah check la ejaan taraaa ka toraan tu .. tengok kat bawah ni , ni lah hidangan kesayangan yang membuat saya terlantar dalam bilik selama seminggu sebab demam panas .



ini cerita benar , bukan mainan perasaan lagi , sejurus pekena ais kacang dengan air soya , maka bermula episod pilu demam panas diserikan lagi dengan sakit tekak . setelah beberapa hari , baru lah saya ambil inisiatif untuk membeli ubat-ubatan di bawah ni . semua item adalah penyumbang sampingan kepada kesembuhan saya , Maha Penyembuh Segala Penyakit adalah Allah , ini adalah ikhtiar saya sebagai manusia .





Take noted Uphamol 650 tu jangan overdose nanti fly sampai sky :l
** terngadah sinonim kepada mendonggak

Pengunjung Ghaib dan Pageviews

2 balasan ikhlas

Search keywords , Spammer , dan Pageviews anda

Dah rope tulisan budak darjah tiga bergaris semacam ya , kalau ada makluk Allah yang perasan , saya dah buang shoutbox saya ( isk.isk.sik.singh.erk) akibat terlalu terpegun dengan kebanyakan blogger senior yang memilih untuk pinggirkan element sosial tu , saya pun terpanggil untuk mencuba .

as you can witness for urself , and yeah , agak menjunam pageviews saya berbanding masa ada shoutbox dulu . saya yang baru lahir dalam dunia blogging ni belum cecah setahun pun lagi , minta jangan gelakkan total pageviews saya , juga total search keywords saya , idak lah beratus cariannya seperti blogger yang sudah megah berkarya . DAN , saya tiada advertorial , tiada tutorials , tiada entri yang memujuk hati pengunjung untuk singgah selalu , TAPI , saya tak jemu menguar-uarkan keberadaan blog ini .

selain resah menyahut seruan ghaib blogger senior yang tidak memilih element sosial atau bahasa ringkasnya cbox , sebab lain saya buang cbox saya adalah kerana spammer , betul tak istilah ni ? golongan blogger yang rajin menyinggah blog saya sambil membawa link iklan berserta nama ghaib yang mati-mati tak boleh di-klik tu . but wait , after i'd removed cbox , i'd never seen them since then . ada baiknya juga kan buang cbox ni ?
malangnya , pageviews juga seperti menyepi sendiri seakan bersedih dengan kehilangan para spammes yang setia berkunjung ke sini (walaupun tiada entri terbaru) untuk meletak link iklan mereka , not to mention also their ghaib name -.-

alhamdulillah , search keywords saya tidak lah dapat menandingi misteri search keywords di blog Glamourous by Bella Luna , berdasarkan petikan gambar diatas , tuh ayat bajet apa dah , boleh dikatakan saya agak berjaya dalam menjadi pengedar sah produk tersebut , agak teruja untuk tahu sapa yang seacrh entri Jenama minyak wangi Gatsby , bagi yang search entri Cinta Seorang Perempuan Kasar wajib kecewa sebab takkan jumpa dah tajuk tu sebab tajuk dah bertukar sejak seabad yang lalu ya . khas bagi individu yang mencari entri Aku Pakai Sabun Al-Razi , sila buat carian dua abad akan datang kerana memang tiada wujud sabun tersebut dalam blog ini , as far .

siapa kat sini mati-mati tak setuju dengan pengisytiharan saya bahawa adanya hubungan sulit atau istimewa diantara search keywords , spammers , dengan cbox/shoutbox kita ? ini hanya lah pandangan satu sisi dari saya , diadaptasi dari kejadian sebenar yang menimpa saya dan keluarga widget di sini termasuk pageviews yang semakin mengasingkan diri dan seperti kekurangan calciyum . saya tak tahu nak sarankan untuk meletak atau membuang , setiap element ada sisi pro dan kontra kan ? sendiri menilai , boleh ?

Berhenti Menempurung Diri

3 balasan ikhlas


Seriously , saya tak berapa pasti kewujudan perkataan 'menempurung' , sila check kamus Dewan Bahasa & Pustaka ya . yang pastinya , kata ini ditarik dari perumpamaan ' bagaikan katak bawah tempurung ' atau dalam bahasa barat digelar ' frog under the shell ' . since saya tak pasti wujud atau tidak perkataan itu , marilah teliti pencerahan sesat oleh saya mengenai definasi 'menempurung diri' dari pandangan saya .

definasi : fikiran dipengaruhi kebiasaan , tidak berani berfikir diluar kotak standard , rasa selamat berada di suatu takuk atau tahap yang ramai didiami mentaliti kebanyakan orang , individu sebegini berani bersuara pun kerana keberanian majoriti bukannya atas kefahaman dirinya sendiri .

setiap hari ada saja info terkini yang dikemaskini di internet , tak kira apa sahaja perinciannya , sama ada gosip dunia hiburan yang sesak dengan senario saman-menyaman , kes jenayah bunuh , rompakan bank , ragut sehingga lah maklumat mengenai dasar-dasar baru kerajaan yang sedang memerintah . itu lah pentingnya , keep yourself updated .

" kenapa perlu sentiasa update dengan dunia semasa ? tak perlu kot . " , " betul , semua ni dunia , dunia , dunia .... "

jika anda rasakan dunia tidak penting , mengapa anda masih menjalani hari-hari di dunia ? jika anda seorang pendakwah , bagaimana anda boleh rangka teknik penyampaian dakwah anda jika anda tidak ambil pusing
isu terkini perosak akhlak yang sedang menjalar remaja atau masyarakat kita sekarang ? bertepatan pepatah " masuk kandang kambing , menggembek , masuk kandang harimau , mengaum " (atau mungkin hanya sempat mengaum dalam perut harimau) bahkan untuk mendidik anak-anak sekali pun disaran Saidina Ali bahawa " didiklah anak-anakmu mengikut keadaan zamannya " kalau anak-anak orang dahulu takutkan rotan baru rajin pergi sekolah , anak-anak sekarang takut wifi tiada ataupun allowance dipotong , tetapi tersilap cara mereka mungkin memberontak pula , ini cabaran bagi ibu bapa ya . umpama menarik rambut dalam tepung , tepung tak berselerak , rambut tak putus . tak salah kan keluarkan duit , luangkan sedikit masa dari 24 jam anda untuk menghadiri kursus berkaitan langkah tangani masalah anak-anak ?

hari ini , banyak info yang salah sering menerjah hawa telinga kita , kenapa ya ? kenapa wujud pihak yang menguar-uarkan maklumat salah kepada masyarakat ? dari hal berkaitan negara , kes jenayah , sehingga urusan perniagaan , kenapa mereka perlu berbohong kepada kita ? di sini kita boleh nyatakan , itu semua adalah untuk memenuhi kepentingan sesuatu pihak . sebagai contoh , sebuah syarikat terkenal menghebahkan produk tuala wanita keluaran syarikat mereka adalah satu-satunya yang bebas bahan kimia , sekaligus mengeluarkan kenyataan produk tuala wanita yang berjenama selain daripada jenama syarikat mereka adalah bahaya semuanya . di sini pentingnya kita sebagai pelayar internet untuk menilai kesahihan dakwaan sebegitu , jika kita lengkap berpengetahuan ilmu sains , pastinya sukar bagi kita untuk terpedaya dalam muslihat putar alam sedemikian , jika kita menerima sebarang berita atau pengetahuan baru tanpa membuat carian sendiri , umpama makan disuap , jika disuap kaca , maka ditelan pun kaca lah juga .

Bersama-sama lah kita menapis minda dan juga mulut kita :)
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be