silent reader(s)

Google Translate Penterjemah Separa Sesat

9 balasan ikhlas


Saya kira umum sedia tahu mengenai aplikasi penterjemahan terkenal dalam kalangan pelajar IPT ini memang tidak memberikan 100% terjemahan yang betul . masih ingat frasa air tandas dalam entri Salah Faham Perfume ? para pensyarah di institusi saya sendiri menegah kami semua dari terjebak dalam penggunaan translator yang sesat lagi menyesatkan itu .

Alhamdulillah , sepanjang saya menjalani dua kelas English sepanjang semester yang lampau tanpa sebarang rujukan Google Translate . masih segar dalam memori semasa menginap rumah sewa semasa awal semester , bahan hiburan malam kami sebilik cuma assigntment laboratory salah seorang roomate saya . apa yang lawak sangat kan ? selain merujuk saya , dia juga bertanya pada seorang lagi rakan , sambil dia guna aplikasi translator Google ni jugak . setiap kali dia translate , dia akan baca ayat tu kuat-kuat , wajib disusuli ketawa berdekah-dekah dalam bilik tu , mana tak nya pelik semacam bunyi terjemahannya . lastly dia rujuk kamus jururawat tapi tak ada semua terjemahan , itu saja pilihan yang ada .

Penggunaan si penterjemah separa sesat ini bukan lah 100 % tidak berguna namun jangan sesekali gunakan aplikasi ini secara membabi-buta , perlu ada filtration process sebelum assigntment anda sampai ke tangan pensyarah , tambah-tambah pensyarah yang tegas , tugasan kita dengan selamba ditolaknya nanti . sepanjang saya diberikan tugasan belum pernah hasil kerja saya ditolak seperti beberapa classmates yang perlu buat semula atas sebab duplicate assignments , copy paste , macam-macam lagi tricks mereka yang dah berzaman dalam kocek pensyarah :l

Kenapa Google Translate tak 100 % sesuai untuk membantu kita ? Selain kesalahan kecil dalam tatabahasa atau grammar , aplikasi ini juga terjemah secara mentah atau bulat , straight sangat , sedangkan proses terjemahan ayat tidak seharusnya dibuat dengan perkataan demi perkataan tapi dengan satu ayat sekaligus , baru lah makna asal tidak terpesong , kan ?

Nevertheless , saya hanya menyarankan jangan bergantung pada aplikasi ini 100 % untuk terjemah Bahasa Melayu kepada English , Indonesia kepada Bahasa Melayu .Terjemahan bahasa lain mungkin tepat tapi selalunya akan ada sedikit kesalahan jika ayat yang nak diterjemahkan itu melebihi 3 perkataan . sebaiknya ada sumber rujukan lain yang lebih diperakui pelajar-pelajar pandai tapi malas :l

Ini antara translator yang mungkin adik kepada google translate , juga tidak boleh dipercayai


Nak cari jalan muda memang tak salah , cuma jangan terlalu mudah , nanti semua jadi salah :)

Pensyarah saya cakap " orang yang bodoh bukan orang yang gagal , 
tapi orang yang meniru tapi masih gagal "
memang wajib terasa lah si folan-si folan yang meniru tu

Renung-renungkan dan selamat berhujung minggu/CNY/Xi Nian Quai Le

Salah Faham Perfume

13 balasan ikhlas

Memilih perfume agak mudah bagi segelintir pengguna yang tidak terlalu menitikberatkan soal keseimbangan pembawakan diri dan reaksi orang sekeliling . kenapa perlu ada keseimbangan pula ? badan kita , suka hati kita lah kan ? namun ingat , hidung mereka yang terpaksa menghidu perfume pilihan kita setiap hari tau .

saya sekadar ingin membuat sedikit perkongsian  koleksi peribadi bagi jejaka yang masih kabur dengan pemilihan perfume yang bersesuaian masa , acara , tempat . saya bukan lah  profesional cuma berkongsi tindak balas yang baik saya terima sepanjang memakai beberapa brand perfume yang berlainan , dan ya , saya tidak setia dengan jenama tertentu . selagi tak berpuas hati selagi itu mencari

Sedikit tips pelik yang saya dapat dari lecturer saya : - letak perfume dalam satu tupperware kecil & simpan dalam peti ais. (kalau khuatir makanan lain berbau wangi,digalakkan beli satu freezer kecil khas untuk perfume)
langkah ini bagi memastikan perfume tahan lebih lama kerana komposisi akan lebih concentrate :)
Kebanyakan wangian Polo memang sesuai jika anda seorang yang banyak bergerak badan ya bukan mulut saja
sensasi macho koleksi Polo memang 100% akan membantu golongan yang berhadapan isu body odour 
dari pengamatan saya sepanjang penggunaan Polo Sport , ternyata jejaka yang mengenakan bauan Polo nih ramai wanita suka hidu :l dah macam kucing pula ayat ni
jangan terlalu gembira jika anda berjaya dapat Polo Sport 175 ml dengan harga puluhan ringgit (online sale standard RM 1++) , mungkin puluhan ringgit kerana bukan asli , mungkin juga asli tapi confirm barang seludup ! hahakk


Dashing Style , ada tengok iklan Remy Ishak atau hero tamil (tok yang gelar dia) ?
Macho habis ? lihat betapa berkesannya advertising melalui media elektronik .Aroma macho memang terserlah dengan Dashing Body Spray . cuma terlalu kuat jika sembur terlalu banyak . ini tindak balas tok saya,katanya dari jauh dah bau body spray menyengat hidung - negative feedback so saya beralih jenama



Gatsby yang memasuki pasaran Malaysia kebanyakan berketerangan tulisan Tagalog . itu tak bermakna tiruan , kenapa bukan tiruan ? lets say , coco-cola yang ada di malaysia ni tiruan lah ? tak ada cop luar negara pun ? ada polisi dalam bidang pemasaran produk iaitu terdapat jenis pemasaran yang mempunyai subsidaries seluruh negara dan induk bertempat di satu negara tertentu termasuk polisi yang membenarkan subsidari mereka membuat penambahbaikan produk atau perubahan kecil seperti logo sendiri untuk negara mereka dengan keizinan oleh induk . ehem , ya info ini semua saya belajar semasa kelas marketing/pemasaran

Fresh Marine , itu pilihan terkini saya , semburan wangian sekaligus sebagai deodorant  badan . saya setia dengan Gatsby selama 3 botol ? feedback agak baik , jadi saya setia dengan jenama ni .

' Eau de toilette '

euww ? tolong jangan translate kat google 
jangannnnnnnn !!!!!!
Selalu kan kita nampak frasa euw-uew tu di keterangan perfume atau minyak wangi , semburan badan ?
Air tandas ? Bukan . Sekadar perkongsian yang saya pelajari dari kelas Protokol , frasa tersebut bermaksud perfume tersebut menunjukkan tahap kepekatan/konsentrasi perfume tersebut . Ada 3 jenis konsentrasi tapi saya cuma rungkai EDT sahaja ya ?

Eau de Toilette (EDT) sejenis wangian beraroma ringan bertahan 3 hingga 4 jam. Memiliki kandungan alkohol yang tinggi dengan konsentrasi bahan wangian/fragrance sekitar 4 hingga 8%. Kebiasaannya available dalam bentuk semburan . nak tahu EDP & EDC ? singgah ke sana :) indonesian blogger .


wanita idaman saya ?

16 balasan ikhlas


"perempuan idaman saya , saya suka yang aktif , ceria , kelakar , lawa , yang paling penting dia mesti wangi "
Khairul Fahmi Che Mat - Penjaga Gol Malaysia

" dia mesti confident , glamour , bijak , dan ada daya penarik "
S M Khalis - Ahli Perniagaan Naza Italia

" saya suka yang feminim , romantik , sopan santun dan manis orangnya "
Adam Yahya - Pengarah IBEX Group (telecommunications sector)

Perhatian gadis-gadis sunti yang sudah bersedia bernikah di luar sana , jejaka yang teratas dalam carta diatas tu dah berkahwin yea , jejaka kedua dan seterusnya tu , saya tak tahu . Jangan risau , lelaki dibenarkan mempunyai 4 orang isteri , sila check ciri-ciri diatas , anda menepati ciri-ciri idaman mereka ?

Tak mudah bagi saya letakkan syarat seperti mereka bertiga , mungkin itu sekadar kata-kata untuk iklan perfume simplysiti , realiti sebenar kehendak seorang lelaki terhadap seorang perempuan yang bakal menemani hidupnya , rasanya tak semudah itu .

Walaupun begitu , jangkaan atau harapan kita tak sepatutnya terlalu tinggi , orang yang berangan-angan di atas angin , sekali dia terpijak rumput , dia akan lumpuh . dalam erti kata lain , kecewa sedalam-dalamnya .

Jika ada kelapangan , tonton di tv9 , Gadis Manis Dalam Diari , saya tengok trailer saja sebab tayangan sebenar 1 Februari nanti :l Jangan ingat perempuan saja berangan-angan pasal prince charming , lelaki pun ada tau ?

Berdasarkan pengalaman sendiri , agaknya bermula tingkatan 4 rasanya , saya sendiri menyimpan niat nak bercinta dengan gadis Pasir Mas , Kelantan .Gara-gara taksub dengan keratan akhbar dalam Berita Harian rasanya , disitu ada dimuatkan gambar seorang perempuan bernama Ayuni , sekali pandang macam Arab campur Melayu , hidung cute , senyuman alahai :l mungkin entri ini sedikit memalukan saya 
 obsesi saya ? tak lah teruk sangat , tapi itu kali pertama & terakhir saya potong gambar potret perempuan tersebut dari akhbar untuk letak dalam wallet :l
Jika saya tak salah , pada masa tu dia dah berusia 21 tahun . Dikhabarkan wanita-wanita cantik di Pasir Mas dek kacukan pedagang Pakistan yang datang berniaga pada suatu masa dahulu . 

Hasrat bertahun-tahun yang semakin luput itu ternyata termakbul dengan izinNya , saya bertemu seorang muslimah dan ada sikit bait-bait cinta tiba-tiba yang tak kemana-mana .Alhamdulillah , raut wajah memang seperti kebanyakan orang katakan tentang wanita Pasir Mas , manis . sejujurnya sebelum bercinta memang saya tak tahu dia berasal dari sana , saya hanya tahu dia orang Kelantan saja . kisah itu terhenti disitu sahaja .

Motif entri ini adalah kita boleh senaraikan berkajang-kajang ciri-ciri pasangan idaman kita , macam spongebob senaraikan aktiviti kegemarannya untuk dibuat bersama Squidward ? but at the end of the day , kita akan sedar , sesuatu tu takkan datang dalam complete package , seriously . bila dia lebih dari segi rupa , mungkin dia lemah dari segi lain , ada juga perempuan yang punyai rupa yang sederhana tapi pandai pula jaga hati orang , ada tambah dan tolak , baru lah seimbang empirical formula :l

Bersyukur yang mendatang , semoga dia lah unknown y yang saya cari sejak mengenali add math dulu.

Blogger Berkualiti Bukan Ranking Tinggi Sahaja

22 balasan ikhlas



Orang lain berkongsi ranking mereka rata-rata blogger well-known , well-established , haruslah top puluhan & ratus saja , ana masih jauh menapak untuk mencapai ranking seperti mereka . sedikit pembetulan mengenai usia blog nih sebenarnya baru 4 bulan 2 minggu 1 hari bila ana check balik first entry ana yang bertajuk Hi Hacker rupanya yang 8 bulan tu annivesary ehem..to err is human , right ?

Sepanjang 4 bulan menulis , ana berada di takuk 7,128 rank dalam kalangan Malaysians bloggers/site ?
Adakah ini pencapaian yang memberangsangkan bagi seorang blogger baru atau info yang memalukan bagi ana ? (jika jawapan yang kedua,maka entri ini wajib di-draft-kan semula,sekian)

Sejujurnya jawab pertanyaan ana , anda tahu kebanyakan site yang menghuni carta atasan dalam carta Malaysia ? Mungkin agak memalukan jika ana ketengahkan di sini (well its about Malaysians choice , its not that i want to deny ) . atau mungkin lebih molek/baik , anda sendiri mencari jawapan itu sendiri yea . Tak dinafikan blog/site yang menyajikan bahan bacaan berunsur hiburan , jual beli atas talian , juga site yang agak trending sekarang adalah satu laman yang memuatkan drama-drama atau movie yang terkini untuk tontonan pengunjung mendapat tempat di hati pelayar internet di Malaysia sekaligus menaikkan rank site tersebut ke carta atasan , tidak ketinggalan juga bloggers yang berkongsi tutorials blog namun mereka bukan golongan yang ana maksudkan ,jadi golongan mana yang mendominasi ranking atasan secara keseluruhan , yea ? apa ? pornografi ? haha.

Mungkin anda yang berada dalam rangking atasan dalam carta Alexa hanya tersengih jika anda sedang membaca entri ana , mengapa ? mungkin anda berfikir ana sekadar budak hingusan yang tidak puas hati ? atau mungkin anda mengakui kebenaran yang ana cuba rungkai di sini ? mungkin juga anda tidak tahu apa-apa dan tiba-tiba berada di blog ana ?

Blogger terkenal seperti sifu Hasrul Hassan selain gemar memancing beliau juga tidak kurang hebatnya menunjukkan strategi demi strategi untuk komersialkan blog buat para pembaca lamannya . Blogger wanita serba boleh , seorang isteri , ibu , berlatar belakang pendidikan yang membanggakan , Mia Liana . Tidak kurang saingan juga seorang isteri , ibu , dan part time blogger , seorang usahawan berjaya , Syuhada yang tidak lokek berkongsi tips berguna untuk usahawan muda . ana sendiri menyelidik latar belakang mereka , pencapaian mereka , penulisan mereka , maka ana tidak akan terkejut jika bloggers seperti mereka menghuni suatu rank yang boleh dibanggakan kerana mereka masing-masing punyai kepakaran tersendiri untuk ditawarkan kepada pembaca . ini bukan cubaan memuji untuk menang sebarang contest yea

Ana tidak menolak kepentingan SEO , Alexa ranking , famous key words , cuma cuba berfikir sejenak , fikirkan sudut yang anda ada tapi anda tak sedar kepentingannya ? contoh ? entri anda sentiasa ada yang datang komen , ada sahaja yang berbesar hati untuk kongsikan entri anda di google plus . ana sendiri pernah berkunjung suatu laman agak hebat tetapi entah dimana silapnya ruangan komennya sepi , tiada yang sudi menyinggah ? Alhamdulillah , dimana saja ranking Alexa kita semua :)


Saiz Peranti Bukan Penentu Kepuasan

4 balasan ikhlas


86% lelaki percaya saiz dan bentuk zakar lambang ketrampilan lelaki sejati , semakin besar semakin gah ?
masih ada banyak elemen lain boleh dipertingkat untuk keintiman rumahtangga selain besarkan yang sedia ada :l

Thailand (Suntikan minyak zaitun)

Satu cara yang membahayakan sering dilakukan di Thailand di mana sekurang-kurangnya 40 pesakit dimasukkan ke hospital di Bangkok sebulan akibat kesan sampingan dengan suntikan minyak zaitun di organ kelamin.

Zakar seorang lelaki berusia 50 tahun terpaksa dibuang selepas dia mengalami kesan sampingan yang teruk.Lelaki itu menjalani suntikan minyak zaitun beberapa kali sejak beberapa tahun lalu.Dia didiagnosis menghidap kanser dan perlu menjalani pembedahan membuang zakar.

Sedutan Soal Jawab

Soalan : -

Saya adalah seorang guru pelatih berusia 23 tahun. Sejak dua bulan lalu, saya mengambil minyak urut yang sudah terkenal di Malaysia untuk zakar dan sudah menampakkan hasilnya.

Jawapan : -

Sebagai seorang guru pelatih, saudara juga tentu faham mengenai konsep anatomi batang zakar. Ia terdiri dari dua tiub yang dibentuk dari tisu yang seumpama sponge yang akan membesar apabila dipenuhi darah.

Oleh itu, dari segi logiknya, tidak ada minyak atau cara urutan yang boleh membesarkan batang zakar - credit to e-kesihatan malaysia

Now apa kegunaan minyak-minyak batin di luar sana ? Alat pam vakum ? pembedahan baikpulih tisu? sebaiknya jangan melulu untuk tingkatkan market hero,sebarang jenis perubatan atau ubat perlu dirujuk kepada pakar terlebih dahulu ,dalam hal ni wajib kemudiankan bisikan kawan,dahulukan pengetahuan golongan pakar perubatan,unless rakan anda adalah pakar bertauliah :l

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

20 balasan ikhlas


Bismillahhirahmannirahim.

Shafiq sebagai pendatang baru dalam dunia blogging , yakni baru mencecah 4 bulan di sini sebagai seorang penulis picisan yang kehadiran shafiq agak tak disedari ini ingin berkongsi serba-sedikit ilmu blogspot blogger Malaysia yang shafiq sendiri amalkan dalam proses komersialkan blog A Gentleman To Be ini.





Memecut Kelajuan Trafik Blog

  • shafiq banyak menyertai segmen berbentuk blog-walking dimana para peserta diwajibkan saling menziarahi , selain itu shafiq juga rajin singgah ke laman blog yang aktif menganjur segmen dan sebagainya dengan tujuan mengintai bloggers semasa yang aktif.

  • alhamdulillah,penglibatan shafiq dalam pelbagai jenis kontes agak membuahkan hasil dimana kehadiran shafiq sekarang mula disedari segelintir bloggers.peningkatan pageviews juga di aras yang memuaskan selain aktiviti saling ziarah atau blogwalking sentiasa berlaku di A Gentleman To Be ini.

  • menjadi sponsor kepada segmen yang berpotensi atau menganjurkan segmen/giveaway/kontes juga terbukti berkesan dalam memecut trafik blog selain menambah jumlah follower blog.




Mencungkil Peluang Niaga Santai

  • sememangnya laman blog adalah satu medium sesuai untuk usahawan muda berjinak-jinak mencari publisiti untuk melariskan produk mereka kerana dewasa kini para pengguna sudah celik tentang kelebihan pembelian atas talian seperti mengelak kesesakan jalan raya dan juga tidak lagi perlu bersusah payah beratur panjang untuk membeli sesuatu yang diidam ramai.

  • shafiq sendiri memanfaatkan laman A Gentleman To Be sebagai wardah pengiklanan produk iaitu shafiq bertanggungjawab menjadi pengedar selain mempromosikan peluang jana pendapatan dari rumah dengan hanya berbekalkan kemahiran menaip iklan , ya itu sahaja ! Tiada komitmen 24 jam. Pilihan di tangan kita,sama ada berniaga secara santai atau sampingan , boleh juga serius ! Medium yang berpotensi sudah tersedia luas kan.

  • Tidak dilupakan juga peluang kerja terkini yang agak trending sekarang, dropshipper ! bagi para bloggers yang berminat , boleh mulakan pencarian sendiri ya selain menunggu visitors datang klik-klik iklan di sekeliling blog anda , mungkin menjadi dropshipper lebih menjana pendapatan sampingan kan.



Penulisan Bervariasi Seiring Masa

  • jika seseorang blogger atau penulis memiliki kosa kata atau perbendaharaan kata yang luas , hasil penulisannya bagai pisang panas ! entrinya pula akan dinanti-nanti para pembaca ! fitrah manusia cintakan hal yang indah-indah kan ? tapi unik ! cliche but true.

  • blogger yang peka dengan kehendak para pembaca lebih mudah menyediakan bahan bacaan atau hasil penulisan bermutu sekaligus disukai ramai kan. bila sesuatu itu sesuai dengan selera , mulut pun terdiam , hati pula tak berhenti-henti memuji ! 

  • menjadi pengintip di laman blog sendiri , bagaimana ya ? maksudnya kita perlu mengenalpasti wajah-wajah bakal ahli Syurga (amin..) tidak lain tidak bukan adalah mereka yang selalu singgah tinggal link di chatbox kita , mereka yang sering turun padang berkongsi pendapat dan cadangan di entri kita , langkah ini adalah untuk mengetahui golongan major pembaca setia laman blog kita ,sama ada senior citizen atau warga emas , atau mungkin mereka yang dalam lingkungan 40-an ( hey life begin at 40..erk) atau mungkin juga pengunjung laman kita kebanyakannya golongan remaja yang taksub dengan gadgets terkini ? sekarang lebih mudah kan untuk sediakan bahan bacaan yang bersifat uni-age ?maksud saya , bacaan yang sesuai untuk tatapan semua lapisan masyarakat ya.
Sekian perkongsian dari minda Nur Shafiq berdasarkan pembacaan saya selama bergelar blogger.

Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com, DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net, DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.


who is the guy behind A Gentleman To Be




May Peace Be Upon To All Of You last updated 26.05.16'

Nothing much you need to know about me . and please accept the simple fact that you wont find any  of my fully appearance/photos here cuz i dont care how much looks important to you .

but hell well , even stars refuse to shine.sometimes

Just a left-behind guy with some bad attitudes

yang datang ke blog kala kecewa dengan penghuni Bumi

Thanks a bunch for viewing , strangers eyes



Note this

Dont offer me for friendship when you only wanna see my face . stop being such total piece of sh**.

Sedetik Mengagumi Caringnya Rasulullah

2 balasan ikhlas

Rasulullah SAW sangat mencintai dan lembut pada isteri-isterinya. Berikut adalah contoh sikap luar biasa beliau yang wajib diteladani oleh setiap suami:

* Rasulullah SAW tidak pernah menyusahkan isterinya. Jika pakaiannya koyak, Rasulullah SAW menampalnya sendiri tanpa menyuruh isterinya.

* Rasulullah SAW selalu bertanggung jawab mencari nafkah untuk keluarganya. Contoh: Rasulullah SAW memerah sendiri susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

* Rasulullah SAW tidak segan membantu isterinya di dapur. Contoh: Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum Rasulullah SAW  menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

* Rasulullah SAW sering memanggil istrinya dengan panggilan mesra. Contoh: Aisyah r.a. dipanggil dengan panggilan Humaira (putih kemerah-merahan) oleh beliau.

* Rasulullah SAW tidak pernah mendesak istrinya menyediakan makanan. Contoh: suatu ketika, Rasulullah SAW pulang pada waktu pagi. Beliau pasti sangat lapar saat itu. Tetapi dilihatnya tidak ada apapun untuk sarapan, bahkan yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka beliau bertanya, “Belum ada sarapan ya Humaira?” Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.” Rasulullah SAW lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini.” tanpa sedikit pun tergambar raut kesal di muka beliau.

* Rasulullah SAW sangat marah ketika melihat seorang suami sedang memukul istrinya. Contoh: suatu saat beliau melihat seseorang memukul isterinya. Beliau menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?” Orang itu menjawab, “Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul dia.” Rasulullah SAW berkata lagi, “Aku tidak menanyakan alasanmu, aku bertanya mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu dari anak-anakmu?”

* Rasulullah SAW tetap lembut dan santun kepada istri. Rasulullah selalu memperlakukan isterinya sangat istimewa sekalipun beliau adalah pemimpin umat Islam tertinggi, bahkan saat itu adalah pemimpin terbesar di dunia.

Restoran Nelayan Kuala Juru

10 balasan ikhlas
Tajuk entri tu nama restoran yang sepatutnya destinasi dinner sekeluarga malam ni tapi tak kesampaian sebab masa dah sampai pekerja-pekerja restoran sembur air cuci kedai,awal gak depa tutup kedai,dalam pukul 10 malam camtu,laku sangat nampak ? Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan pun dikhabarkan pernah singgah makan kat sana.bawah nih rupa kedai tu waktu siang nih  aku cabut kat mr google -.-



kat bawah ni pulak rupa restoran yang dah masuk kali ke-2 aku datang dengan berlainan ibu..asal tak jumpa restoran nelayan tu,mesti end up kat kedai nih -.-
gap tahun berjarak,restoran dia makin luas,ketam pun sekor dah rm15,dah takda kucing yang berkeliaran,apa yang masih sama ? aku tetap sakit perut lepas makan ketam dia macam first time aku datang dulu masa aku umur 12,13 tahun dulu..sekarang aku 18,muda tak >.< ok.jangan percaya.


rupa ketam yang aku kapit dengan playar tadi huh :l memang berlumutkan kuah ketam lah baju putih aku yang suci dari noda..




hajatnya nak makan nasi goreng ketam but nasi goreng katanya dah habis,tinggal nasi putih,terang bebenor menu mung dop ler fresh ,nama ja ae perkampungan nelayan -.-
Alhamdulillah,puas makan ketam..zzzzZZzz

Ciri Lelaki Mukhannis Bukan Pondan

6 balasan ikhlas
Entri nih mungkin terbit kerana ulang tahun kelahiran arwah Yasmin Ahmad,tapi shafiq tak nak bahas kan status jantinanya,shafiq cuma nak kongsikan sedikit ilmu yang shafiq research dan olah dengan ayat shafiq sendiri mengenai lelaki yang memiliki sifat kewanitaan yang sangat ketara yet masih terpelihara :l

Allah SubahanaAllah telah berfirman " Bagi Allah jualah milik segala yang ada di langit dan di bumi; Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya; Dia mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan mengurniakan anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya, anak lelaki dan perempuan dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya; mandul. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa." - (Q.S Asy-Syura: 49-50)

Berdasarkan firman Allah itu,para ulama berbincang,mentafsir dan menerima bahawa wujud 4 jantina iaitu lelaki,perempuan,mukhannis,dan khunsa iaitu seseorang yang memiliki 2 alat kelamin atau campuran bentuk fizikal seperti lelaki yang memilki sesetengah bentuk fizikal feminim dari azali lagi,bukan yang 'ditambah-tambah' yea ? itu bukan azali dah,itu ciptaan manusia.Shafiq cuma nak berkongsi mengenai tajuk lelaki mukhannis tetapi tidak pondan,tidak bernafsu kepada lelaki cuma sifat kelembutan pada dirinya sangat ketara.Golongan ini tidak sepatutnya digelar pondan sama sekali !

Perasaan & Emosi

* mudah terganggu seperti perempuan
* mudah mengalirkan airmata kerana jiwanya tidak cekal seperti lelaki biasa

Perwatakan

* tidak menunjukkan minat mendalam pada aktiviti lasak yang lelaki biasa gemar seperti melakukan pekerjaan berat yang memerlukan sifat gagah & aggresif

* cenderung pada hobi seperti sulaman,memasak,menjahit,menghias yang menjadi sifat asas seorang perempuan.

* kebanyakan lelaki mukhannis tidak berkawan dengan lelaki kerana dia merasakan rendah diri bila dikelilingi lelaki yang dikatakan sejati,tidak seperti dirinya.

* kemungkinan koleksi barang simpanan kesukaannya juga bersifat feminim seperti dia sukakan apa yang perempuan suka,faham tak ?

Pemikiran

* akalnya dipengaruhi emosi seperti perempuan ( agaknya yang gila talak tu lelaki mukhannis jugak ka atau jenis tidak sabar ?jatuhkan talak diberi hak kepada lelaki disebabkan sifat lelaki yang berfikir panjang  kan ? jika sebaliknya yang berlaku,macam mana pula? senang ja lepas sampai 3x? )


Nafsu

* komponen ini sahaja yang membuktikan dia adalah lelaki sejati,dia masih bernafsu pada perempuan sahaja :D

Lelaki jenis mukhannis mungkin menghadapi sedikit kesukaran dalam menjalani kehidupan seharian kerana dia seorang lelaki berjiwa lembut,dalam masyarakat kita memang takdak ayat lain kalau tengok seseorang lelaki tu lain sikit,


 "eee bapuk ! pondan ! darai ! kerja laki tak suka,buat kerja perempuan,Allah laknat orang camtu !"

 "eh abah kau,aku siram pokok pun undang murka Allah ? aku jahit sarung bantal sendiri pun salah ? ker nak aku jahit mulut kau yang duk jatuh hukum laknat sana-sini ?

Harap lepas baca entri nih sedikit sebanyak dapat membuka skop pemikiran kita semua,berdiam dengan ilmu bila bertempat itu perlu,bukan melaung dengan kejahilan setiap waktu :)



Tui Hou

0 balasan ikhlas
regardless which languages we used,if we arent familiar with certain foreign language,it could be hard for comprehension session.macam bercinta,kalau kita tak faham bahasa bercinta,camna nak bercinta kan ? bahasa cinta tu camna ? bahasa berbunga-bunga lah kot,beranting ka,berdahan,berpucuk,berakar..dengan memahami,baru boleh menghayati :) kalau ada yang rasa nak tahu apa yang Jay Chou tu duk tarik -.- baca lah terjemahan yang tak mungkin ada dimana-mana sudut google.sila hargai aku terjemah sentence by sentence :'

lagu yang berzaman ada dalam memo card aku (bajet berzaman hidup)ni bukan review lagu.klip video lagu ni mengisahkan tentang seorang gangster yang bercinta dengan seorang perempuan cute ,lastly gangster tu masuk jail sebab perempuan tu,lagi excited,pas kua penjara,dia dapat tahu perempuan tu dah berkahwin..

tian kong hui de xiang ku guo
langit mendung bagaikan ia pun bersedih

li kai ni yi hou
setelah aku meninggalkanmu

bing mei you geng zi you
aku rasakan bagaikan terperangkap

suan suan de kong qi
untuk bernafas dengan udara yang ada

xiu chu wo men de ju li
lelah merasakan jarak antara kita

yi mu chui xin de jie ju
tragedi pengakhiran kita hingga hatiku terluka

xiang hu xi ban wu fa ting xi
tetapi kau masih di ingatan seperti nafas,tak mampu berhenti

chou ti fan huang de ri ji
diari kuning dalam laci

zha gan le hui yi
berisi kenangan kita yang usang

na xiao rong shi xia ji
satu senyuman semasa musim panas

ni wo de guo qu
dan masa lalu kita berdua

bei shun shi zhen de wang ji
semakin dilupakan

que yang guo hou de ai qing
bagaikan cinta yang menghuni kekurangan udara

cu xin de yan lei shi duo yu
titisan airmata tidak dipedulikan

wo zhi dao ni wo dou mei you cuo
ku tahu ini semua bukan salah dirimu, tidak juga aku

zhi shi wang le zen me tui hou
cuma kita berdua terlalu jauh untuk berpatah balik

xin shi dan dan gei le cheng nuo
janji-janji yang kita ikrarkan dengan teguh

que bei shi jian pu le kong
namun masa menenggelamkan segalanya

zhi shi fang shou hui bi jiao hao guo
merelakan kau pergi mungkin adalah yang terbaik

zui mei de ai qing hui yi li dai xu
rasa cinta yang paling indah ni akan terus hidup dalam memori ku..


nindia mr snow hairstyle
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be