silent reader(s)

Saka Harimau

4 balasan ikhlas


nak cakap soal saka pun mesti la alignment tengah,baru standard.. -.-

Saka tu apadia ?

saka tu boleh dikatakan satu perjanjian mistik yang nenek moyang kita deal dengan jin.mungkin diorang buat perjanjian jaga keturunan,itu pasal ada kes yang sampai ke 7 keturunan terpaksa mewarisi saka tu.

Moyang shaf dipercayai orang-orang yang boleh menurun jugak la.tok shaf cerita moyang perempuan tu kalau marah persis harimau.shaf tak boleh bayangkan.sepanjang yang shaf perasan pasal tok shaf ni macam ada juga sikit tempias saka macam moyang shaf bila tok marah,shaf gerun gila..boleh terbirit-birit juga la seround..

Shaf juga diramal mewarisi la..bila shaf marah,shaf macam kena possess semacam.ok..minta Allah dijauhkan semua tu.Amin.Amin.Amin.Masa shaf 16 tahun shaf pernah jumpa seorang pengamal perubatan tradisional dalam daerah shaf jugak..Niat mulanya nak rawat sakit belakang shaf yang X-Ray berapa kali dah tak jugak nampak apa yang patah.Khabarnya shaf pun ada saka yang buat badan shaf sakit,muka tak bermaya.Shaf dengar tapi tak pula terima apa yang dia cakap bulat-bulat..

Jadi hari ni shaf rasa nak berkongsi pengetahuan pasal saka sakai sakae nih.You had better know than staying ignorant ? Cuba check wujud tak tanda-tanda dibawah ni dalam diri anda.

Antara tanda-tanda kecil yang dikhabar oleh Ustaz Sharhan Shafie :

- selalu bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
-selalu bermimpi berada di awang-awangan.
-sering bermimpi dikejar binatang/dipatuk ular

Tanda-tanda sahih seseorang itu pewaris saka :

- kerap bermimpi menerima bungkusan dari seseorang.
- mimpi menyusukan bayi atau melihat perbuatan itu dilakukan orang lain.
- ada lebam di badan setelah bangun tidur.
- rumahtangga sering bermasalah/ada anak yang degil.
- gemuruh/berdebar tanpa sebab.
- sakit sendi/buku lali yang perubatan moden tak dapat takrifkan apa penyakit tersebut.

Jika ada tanda-tanda diatas,anda disarankan :
- Segera berjumpa pengamal perubatan Islam yang bertauliah seperti Ustaz Sharhan
- Mendekatkan diri dengan Allah dengan cukupkan ibadah wajib,membaca Al-Quran dan amalan sunnah.
- Selidik salasilah keluarga macam shaf buat,tanya orang tua terdekat dalam keluarga kita.
- Jangan berhenti berusaha berubat untuk membuang saka.
- Amalkan ayat ke- 82 Surah Al-Isra' dan ayat ke-57 Surah Hud.

Slot tambah !
Saka ada jenis-jenis juga ! Harimau ,ular..tu jala yang shaf tau setakat ni..
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be