silent reader(s)

bila saya disahkan positif..

7 balasan ikhlas
Thalassemia
kelainan (aku tak suka sebut kecacatan ok) darah disebabkan oleh kurangnya penghasilan protein di dalam darah . Umumnya, thalassemia berpunca daripada pengurangan atau tiada sintesis rantaian protin alpha dan beta yang membentuk haemoglobin di dalam sel darah merah. Bagi penyakit thalassemia minor, pesakit tidak mempunyai symptom yang jelas dan selalunya hanya mengalami anemia yang lemah. Individu yang tidak mempunyai thalassemia dan tidak menunjukkan sebarang symptom ini di kategorikan sebagai pembawa thalassemia atau mempunyai sifat thalassemia beta . Manakala bagi pesakit thalassemia major, mereka tidak berupaya untuk menghasilkan sebarang hemoglobin ataupun hanya sedikit hemoglobin dan bersifat homozygote. 


Status Thalassemia
  #Pembawa/Pesakit minor
Pesakit minor memiliki tubuh yang sihat. 1:20 adalah nisbah pembawa gen thalassemia.Golongan ini sukar dikesan,perlu buat ujian darah naa. 

 #Penghidap/Pesakit major 
Pesakit major mempunyai tahap kesihatan yang berbahaya.Bila pasangan pesakit minor berkahwin,anak mereka berkemungkinan menjadi pesakit major.Pesakit major boleh dikesan sejak kanak-kanak lagi.Pesakit ini juga perlu melakukan tranfusi darah secara berterusan sejak disahkan menghidap.




##Penemuan baru: Thalassemia intermedia
status pesakit diantara pesakit major dengan minor.Pesakit golongan ini hanya perlu melakukan tranfusi darah bila perlu sahaja dan digalakkan mengambil suplemen penambah darah.

Simptom Thalassemia (menyerupai simptom Anemia)
#wajah pucat
#insomnia/sukar tidur
#tubuh mudah berasa letih
#kurang selera makan
#jantung berfungsi lebih kuat untuk hasilkan hemoglobin
#mengalami kerapuhan tulang dan kenipisan tulang kerana sumsum tulang yang berperanan penting dalam penghasilan hemoglobin.

Perubatan terkini
#Transfusi darah seumur hidup
atau
#Terapi chelation besi meningkatkan kepekatan besi hati (liver iron concentration - LIC) >5 mg Fe/g berat kering dan dikekalkan sehingga pesakit mencapai tahap <5 mg Fe/g berat kering.

 Pencegahan terkini
#mengadakan ujian saringan pada bakal pengantin
#mematikan janin yang disah thalassemia sejak dalam kandungan

Kata-kata penyedap hati sendiri dan individu senasib
" Tidak lah Allah berikan seseorang hambaNya itu suatu Ujian melainkan untuk mendekatkan lagi hamba itu kepadaNya"
 "Sesungguhnya Allah berikan ujian pada hambaNya mengikut kemampuan hambaNya"
ayat habis pasrah ni.sob.sob.sob.bye.status saya?rahsia.Assalamualaikum.
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be