silent reader(s)

Mereka Mempertikai Hari Jumaat

1 balasan ikhlas
(sebaiknya pause lagu blog nih masa baca entri ni.terkedu saya,tersedar diri terlalu keduniaan)

Firman Allah SWT : " Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah dengan mengerjakan solat Jumaat dan tinggalkanlah urusan jual beli pada saat itu yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui hakikat yang sebenarnya, " ( surah Al-Jumu'ah:9 )

Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda : " Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk/hidayah ".

Masa zaman Rasulullah SAW solat jumaat adalah sunnah dan kini menjadi wajib keatas kita.
Hari Jumaat merupakan nikmat rabaniyyah yang menjadi bahan hasad dengki musuh-musuh Islam.

Rasulullah bersabda : " kita adalah orang terakhir(umat terakhir di dunia),namun yang pertama pada hari khiamat,meski pun mereka(umat terdahulu) telah diberi kitab sebelum kita,hari jumaat adalah hari yang Allah wajibkan atas mereka,namun mereka mempertikaikannnya(dengan menggagungkan hari sabtu & ahad).Maka Allah menunjukkan kita pada hari itu sehingga orang yang mengikuti kita sehingga hari ini (jumaat) sementara orang Yahudi sabtu,orang Nashrani ahad ".

Tuntutan Memuliakan Hari Jumaat keatas umat Islam termasuk menyegerakan solat jumaat bukan melengah-lengahkan ke masjid.Sesungguhnya Allah sendiri menyeru hambanya supaya be punctual in time.Sembahyang yang sempurna wudhuk,rukuk,sujud akan naik ke langit dengan keadaan suci berbanding orang yang sembahyang bukan dalam waktunya,tidak sempurna rukuk dan sujudnya maka sembahyang itu sendiri berkata "semoga Allah mensia-siakan kamu sepertimana kamu mensia-siakan aku".Solat itu sendiri seakan membawa doa berdasarkan komitmen/ketelusan kita mengerjakannya.Sembahyang pada awal waktu dan tiba awal di masjid diperuntukkan pahala sunnat.

Sembahyang itu merupakan tiang agama,jika terlucut salah satu waktu,maka roboh satu tiang,maka kurang stabil imannya,jika seseorang itu tidak solat satu waktu pun dalam sehari,umpama sebuah rumah tanpa tonggak,anytime boleh hancur walaupun ombak cubaannya cuma 0.1 skala rekter.Allah lebih mengetahui semuanya.Sekian.



Nilai 1 Sen Sebenarnya Tinggi

4 balasan ikhlas
Assalamuaalaikum.Waalaikumusalam.

Hari yang agak cerah untuk muram ^_^ boleh tara tu kening aku ? jangan gelak.
kalau manusia betul pandai menilai,1 sen sebenarnya tinggi jika dari keringat diri sendiri lebih berharga berganda-ganda dari 100,ooo,ooo dari sumber songsang/pemberian dari orang tanpa kita melakukan apa-apa aka ditaja.

ceritanya aku terlepas pandang satu segmen dimana aku pemenang hadiah saguhati.bukan lah terkilan.instead berbunga-bunga kot hati aku sekarang nih.aku suka tittle 'pemenang'.walaupun saguhati.sebab aku tengok ramai jugak yang join,lagipun pemenang dipilih melalui karya pantun yang boleh buat si organizer rasa layak.aku join segmen banyak hanya untuk expose diri,InsyaAllah blog ni boleh jadi medium untuk aku berbisnes online nanti,jika diizinkanNya dan dipermudahkanNya.jangan pikir aku batak tau -.- in case la.

lagi satu,yess banyak segmen aku join tawarkan hadiah perempuan.tak bermaksud aku 'adik-adik' jugak.tapi isu kedua nih tak ketara sangat sebab aku tahu bloggers semua open-minded kan ?


Program Rumah Idaman Rakyat : Rumah Pertamaku

5 balasan ikhlas
khas untuk golongan ibu tunggal,OKU & Pemilikan rumah pertama.Program Rumah Idaman Rakyat ini adalah salah satu kerangka Bajet 2014 yang sedang berlangsung sekarang.

Antara jenis kediaman yang boleh dimiliki menerusi program ini :


rumah teres
banglo sesebuah
apartment (minima 5 tingkat)
rumah berkembar
unit kedai/premis perniagaan

Harga jualan wajib diantara 70,000 hingga 250,000 (tidak boleh melebihi 1,000,000)

Antara syarat am untuk memohon :

warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun keatas (maksima 35 tahun)
pendapatan isi rumah tidak melebihi 10,000 sebulan
pendapatan individu tidak melebihi 7,500 sebulan

Bank yang terlibat untuk proses pembiayaan skim ini (boleh terus pergi ke cawangan bank tersebut untuk memohon skim ini ) :

Bank Islam
Alliance Bank
Alliance Islamic Bank
Maybank
Maybank Islamic Bank
Affin Bank
Hong Leong
Bank Muamalat
CIMB Bank
CIMB Islamic
Public Bank
Public Islamic Bank
Ambank
RHB Islamic Bank
Standard Chartered
Standard Chartered Saadiq
UOB

Jika berminat,sila isi borang online SPNB ini Permohonan Online Program Rumah Idaman Rakyat

SPNB menerajui kediaman mampu milik 1 Malaysia dengan harga cengkeram serendah RM250

4 Petanda Si Dia Mungkin Mr Upsidedown

6 balasan ikhlas

ramai yang cakap perempuan pandai palsukan semua,tak termasuk pondan la na.jangan lupa pula,lelaki pun pandai berlakon.awal perkenalan saja macho,lepas nikah,pergghh tak berhenti berkepit dengan sama jantina ! ada pro & kontra mengenai isu ini.nevertheless,perempuan berhak memilih bakal suami yang manja terlebih,dalam Islam pun tegaskan konsep wasatiyah tu yang terbaik,berlebihan dalam sesuatu isu pun tak digalakkan dalam Islam kan? Jum kenali petanda kecil yang disyaki si dia adalah Mr Upsidedown yang kritikal

1 
semanja-manja seorang lelaki,ada juga kerasnya.kalau lembut sangat,tu dah jadi kecelaruan jantina,tengok tangan duk lentok-lentok semacam,baik tinggalkan dia,entah dia cuma nak anda untuk melengkapkan gambaran sosial yang sempurna di mata masyarakat saja,jangan tak percaya,ada kes benar pernah jadi.pikir gay tak berumah-tangga/berkahwin dengan perempuan?anda salah besar.
 
2
tak dinafikan semangat berkawan dalam kalangan lelaki memang kuat,ada sampai tumpang tidur rumah.tapi jangan sampai kawan dia datang tumpang tidur,sampai dia tinggalkan anda semalam semata untuk teman kawan tersebut di bilik lain ! hahakk! masalah besar -.-

3
 sesetengah lelaki biasa memang selesa bergurau hal kelamin,itu normal.tapi riak wajah mereka semasa bergurau boleh dibaca sama ada dia betul-betul maksudkan atau hanya gurauan.contoh salah seorang kawan lelaki kepada teman lelaki anda hantar text atau cakap in person kepada anda like " kau jaga dia baik-baik,kalau tak biar aku saja yang jaga luar dalam dia"
kalau dalam text atau medium lain yang anda tak dapat membaca riak wajah dia semasa cakap camtu,ajak jumpa terus,fighting ! -.-
bukan jarang,tapi susah nak jumpa kawan lelaki normal nak bagi amaran camtu -.-

4
tiap-tiap hari wajib jumpa kawan dia tu,bukan sekumpulan cuma berdua,tiap kali si kawan call,teman lelaki anda tergesa-gesa semacam,perlu menjawab panggilan dari jarak jauh dari anda,yeah,macam perempuan lain yang call padahal anda boleh nampak nama yang tertera di skrin "meon calling..." -.-


Sama-sama merenung dan menilai,yang baik dijadikan pengajaran,andai ada yang buruk dari saya,sila jangan bahan -.-

Jangan Pakai Sabun Susu Beras K Brothers

39 balasan ikhlas
Bahaya ! Seriously berbahaya jika anda mahu cuba kolagen sabun susu beras.kenapa bahaya pula ? confuse tak ni ? selaku pengedar kolagen sabun susu beras K Brothers,saya nasihatkan pembeli yang tiada ilmu jangan membeli sabun susu beras ini dengan membabi-buta mahu pun mengguna,menilai tanpa ilmu.

kerana nila setitik,rosak susu sebelanga,mana tak nya,bila salah seorang kawan/kenalan kita cerita kat kita,tak kisah la in person atau menerusi laman sosial,sahih kita percaya bulat-bulat ! sabun susu beras K Brothers ni SESUAI untuk semua jenis kulit.apa yang membezakan kesan ke atas setiap pengguna  ?? Keasliannya.Anda yang merungut itu ini tu,asli tak sabun yang anda beli tu ? Jika asli,sila lapor ke pihak berkuasa mengenai K Brothers produk,supaya lekas-lekas bungkus perniagaannya yang sudah bertahun-tahun terkenal dalam pasaran Malaysia ! Saman ! Jangan kasi chance ! Jangan membebel kat blog sahaja ! Kesan itu sebagai bukti ! Itu pun kalau sabun yang anda beli itu asli !! kalau tak asli,jangan risau naa..paling teruk pun anda akan di saman balik sahaja atas tuduhan tak berasas serta saman rugi untuk memburukkan nama produk ! Simple right ?

Ini pautan ke laman salah seorang pengguna yang tidak berpuas hati dengan sabun susu beras ,tapi tak dinyatakan pula jenama sabun susu beras yang dia guna ! Jangan lupa,baca juga bloggers yang datang komen ! Kerana di ruangan komen tu ada bukti kuat mengatakan sabun susu beras tak berbahaya oleh seorang pengguna yang sudah 4 tahun menggunakan sabun ini ! Blogger tersebut juga menjelaskan antara cara untuk pastikan susu beras yang anda guna itu adalah asli ! Dalam anggaran saya,25-27 bloggers yang datang tinggal komen,5-6 orang adalah antara pengguna tegar sabun susu ini.

Paling menghairankan saya,tajuk post nya berbunyi 'Jangan Pakai Sabun Susu Beras',itu adalah ayat kenyataan,bukan persoalan.
tapi dia juga nyatakan mungkin kulitnya sensitif
Apa signifikasi menarik orang lain memboikot tapi pada masa yang sama dia menunjukkan lialibiliti diri sendiri ? umpama anda menyuruh polis memberkas suspek merompak sambil beritahu polis bahawa mungkin anda yang mebenarkan kejadian tersebut ?Agak kabur di situ.Jadi,saya nasihatkan pengguna yang tiada ilmu menilai keaslian sesuatu produk better jangan guna produk ini.golongan yang menilai membabi-buta adalah antara ancaman besar untuk pengeluar produk,tak kira apa jenis produk pun !

Antara cara pastikan keaslian sabun susu beras K Brothers

susu beras yang asli,bila direndam air,akan mengecil dengan cepat,mungkin 2-3 hari dah lenyap ! berlendir ! (saya sendiri dah cuba,memang mengecil dengan cepat)

susu beras yang ciplak/palsu akan kembang macam sabun badan biasa,takkan larut serta-merta.kembang saja macam sabun badan yang biasa ya.

bauan yang berbeza iaitu asli berbau wangi natural,manakala palsu berbau kimia.

saiz yang asli lebih besar

warna sabun susu beras yang asli agak putih kekuningan dan yang palsu berwarna kepuithan semata.

Check nombor siri/tulisan di bungkusan kotak wajib ada tulisan tagalog/thailand.

 
 
Susu beras ini diformulasi dari rawatan tradisional yang dimodenkan dalam bentuk kolagen.

Ingat orang thailand yang kulit mulus itu dari lahir sampai ke tua maintain tanpa rahsia ?haha..macam mandi lumpur juga la,itu rawatan orang dulu tapi sekarang di salun pun disediakan rawatan sebegitu,anda faham tak konsep yang saya nak sampaikan ?

Sangat penting untuk kita sebagai pengguna ada ilmu dalam menilai keaslian sesuatu produk supaya penilaian kita tidak pula menjadi lialibiliti kita sendiri pula ! Orang dulu-dulu cakap,cakap tu baik-baik,jangan sampai ayat makan tuan !

Untuk belian kegunaan peribadi atau borong,sila contact saya di shafiquestevenson@gmail.com

menjadi pengguna yang bijak bukan hanya dengan memboikot sana sini tapi mampu membezakan keaslian sesuatu produk,jangan lekas menghukum :)

The Making Of 'A Gentleman To Be'

15 balasan ikhlas
ada a few orang tanya kenapa blog nih nama A Gentleman To Be,kenapa tak sekarang saja ?
but actually aku nak tulis A Gentleman In Progress,tapi tak ke buruk bunyi dia ? -.-
Uii bukan mudah nak jadi gentleman sejati !

Definasi gentleman

* a man of calm demeanor , strong preserve , intellectual thinking , polite yet meaningful speak n a good upbringing ! Terbelit-belit lidah  jari aku taip dalam b.i nih ! Sahih orang hulu ! -.-

Ciri-ciri

* consider the feelings of people around him

✓ treat women with respect

* got high standard of proper behaviour

✓ a man of independent

✓ jaga appearance diri dengan baik/ tak selekeh di public (dalam bilik takpa)

* tak malas ber-fesyen 
✓Berfesyen but still ikut lunas syarak



pakai kasut dengan stokin -.- 
(baru la kasut tak berbau,kaki pun)

Yang mana ✓ tuh InshaAllah aku dah maintain -.-
Yang * tu InshaAllah in progress.

Sekian wordless wednesday aku yang tak berapa wordless -.-




 

4 Signs Shows Your Partner is A Control Freak

16 balasan ikhlas
Jealousy ? itu normal but how bout a control freak ? thats how your life fall to someone's palm ! 



Minta lapor diri tiap suku saat

*seriously nih sweet..kalau untuk the first 5 months korang bercinta ! kalau dah 5 tahun bersama masih kena roger macam peronda tuh,huh !  
Sahih Control freak !

Gelagat laman sosial

*notifications kau,dia yang bukakan ! haa ? boleh dikatakan laman sosial kau tu dah jadi perkongsian bersama ! Yess,sharing is caring but this kind of sharing will eventually make you crying !
 Sahih Control freak !

You suka lagu apa ?

*sekali dengar soalan nih cam biasa kan ? soalan pasal lagu kegemaran nih selalunya si dia nak tahu lagu yang buat korang ingat kat ex korang -.- dan mungkin dia nak tahu 'lagu kita' yakni lagu pilihan kau dengan ex kau lah !
Sahih Control Freak !

Sape tu ? rajin like status/komen you

*cer bayangkan beratus-ratus kawan berlainan jantina yang suka komen,berapa kali kau kena jawab,explain dari A to Z kuasa dua kat si dia,kalau setiap kali dia soal identiti orang yang berlainan jantina yang berhubung dengan kau melalui laman sosial ? nah kalkulus ! kira !
Sahih Control Freak !

Sebenarnya setiap seorang dari kita ada sikap control freak nih,cuma memiliki skala yang berbeza.kepunyaan kita kan mesti kita kena jaga,tapi ingat overprotective partner reveals best liar.Berikan ruang bernafas untuk si dia.
Sahih berkekalan hingga hujung nyawa !

Blogger Berbulu

0 balasan ikhlas

Entri aku ni bukan untuk bash sapa-sapa atau mana-mana golongan.aku sekadar nak ketengahkan isu lapuk yang menyakitkan hati para bloggers picisan secara berterusan macam aku ni.Aku akui bloggers ni banyak yang berkerjaya,usahawan,juga student persis aku,mesti sibuk kan ? Tapi terkilan tak kalau kita asyik berkunjung ke certain site nih,si blogger tuh tak pernah pulak membalas kunjungan kita ? Berhusnozun..ok,aku bersangka baik untuk beberapa kali sehingga aku terjumpa si folan ni rupanya cuma berkunjung kat site yang gah-gah saja..seriously terkilan bro..cheq ingat orang utara support orang utara.mungkin sebab aku nih cuma blogger picisan saja..tak layak menerima kunjungan cemar duli dari mung eh ?



Menulis blog biar dengan hati,bila kita di kemuncak,jangan lupa akar tunjang dibawah itu yang support kita masa mula-mula kita developt dulu tu.Isu bloggers pilih bulu nih memang biasa kan ? Jika niat nak berbisnes,ya memang kita perlukan publisiti yakni perlu tonjolkan diri kat site yang ranking followers cecah langit..aku faham tuh..cuma permintaan satu kunjungan untuk blogger picisan macam aku nih agak keterlaluan ka? nisbah kunjungan kau dengan kunjungan aku 1/2 : 10 ..tu pun masa first time mung follow aku.hahakk..

Bila aku lebih prefer follow bloggers perempuan,dah macam aneh saja..sorry to say bloggers dari kaum Adam nih bila di kemuncak,memang camtu lagaknya,BUT TAK SEMUA.agaknya kalau followers aku ranking cecah Everest,aku pun mula pilih baju bulu-bulu gak ka ? -.-
Hanya Allah Yang Mengetahui..

Bachelor Night Fever

3 balasan ikhlas


Bachelor Night atau malam terakhir sebagai bujang ? eh.Tiap-tiap hari bujang pun takpa ! Tapi jangan pula amalkan party malam bujang persis barat pulak !

Nih antara must have things pada malam bujang tu mengikut amalan orang Great Britain,Canada,Ireland,French pun tak terkecuali,just to name a few countries la,mampus lah aku nak listkan semua negara ! takut jugak Malaysia pun tersenarai !

#Drinking
#Humiliting the bride to be
#Might be include drugs usage
#Having sex with some paid girls
#Hangouts in a place faraway so far from the bridegroom ?
#Having all sorts of fun that might gone after married?

Glad to know for years recently,tradisi nih dah updated slowly..lebih positif yakni humiliting the bride to be tu ditukar pada sesuatu yang menggembirakan si bakal pengantin lelaki such as fishings trips n barbeque ! Sex tu masih diamalkan ?

Yeayy ! Google iktiraf blog aku sebagai a page in Spanish language !




Ok.bye.

Hilangnya Mahkota Seorang Jejaka

0 balasan ikhlas

Excuse the tittle..dah hampir pukul 11 malam nih mesti la kena cari fancy havoc tittle,baru terbukak hati tergerak jari nak klik tajuk entri aku,eh? mata aku sendiri dah layu semacam..tapi hati masih keras ya !

Rambut rambut rambut .. biar la aku nak bahas isu yang aku mahir.eh? setelah berbulan mandi bersama tidur bersama berbogel pun bersama walau tak rela,terpaksa juga aku berpisah dengannya..wahai mahkota kemachoan ku?kelembutan ? lagi aneh.Having short haircut memang banyak advantages ! Macho ! eh.

Dah beberapa kali aku mengayakan spiky haircut nih..baru aku tahu nama haircut nih spiky cut  -.-
beza aku dengan diorang di bawah nih,aku prefer simpan sideburn,tak shave sampai habis.
aku panggey V- Shaped saja sebelum nih



Sementelah rambut aku diragut-ragut petang tadi sama si hairstyler?Maka hilang lah mahkota yang dah berbulan aku pertahankan yakni dah beberapa purnama aku simpan tatang bagai anak monyet kesayangan.eh ?


In memory - Rest In Ground kot rambut lembut aku tuh -.-





Bagi sesapa yang berminat dengan korean hairstyle jambu tahap tertonggeng tuh,tengok la tutorial di bawah yah ! Amaran ! Pastikan rambut anda sama jenis dengan kami berlima ! eh ? mana pic aku ? ada..cuma invisible di post nih sebab aku tak nak la JB makin tension kalau aku lagi comey dari dia.. dah la ada isu ngan Salena Gombak dia haa? Tapi memang betul la,untuk mengayakan korean haircuts/hairsyles mostly perlukan kesesuaian jenis rambut,kalau rambut curly atau keras tak digalakkan..Most korean hairstyles/haircuts go suit dengan rambut yang soft easy manageable laa.


Nah Myungsoo punya hairstyle "Paradise"


Nenek Masih Bernafsu

6 balasan ikhlas


Gambar nenek sapa aku curi nih,imej kat atas nih cuma gambaran usia nenek dalam entri nih sahaja na,bukan watak sebenar -.-

Firstly aku sendiri masih ada nenek,belah ayah masih ada,belah umi pun masih ada.belah mak tiri yang kedua pun masih ada -.-
Yang penting nenek yang aku maksudkan ni tak ada kaitan dengan keluarga aku.

Tak salah aku umur dia dah jangkau 54 tahun,tak salah.dalam ic dia 60 lebih.Hal kedua yang penting,entri aku nih langsung tiada niat nak malukan nenek tersebut yakni aku takkkan mention nama dia disini yah !

Aku harap pembaca entri aku kali ni tergolong dari golongan anak-anak yang halang mak diorang dari kahwin lagi atas alasan diorang mampu jaga mak diorang.Mark my words ! Anak-anak yang halang mak diorang naa XD

Dari A sampai V,dia cerita kat aku pasal rumahtangga dia yang dah 4 tahun berlangsung tanpa pengetahuan anak-anak dia.See ? dia cerita anak-anak dia takut orang yang nak kat mak diorang nih sebab harta saja.well,suami nenek nih cuma 5 tahun muda dari nenek ni,rasanya takda isu bapa tiri muda yah !

Nenek nih memang open tapi dia tengok jenis orang jugak,baru dia berani cerita.mungkin muka aku ada iras aoron aziz..muka pandai simpan rahsia,macho,gagah..motif ? -.-
Tapi aku tahu dia cerita tak sampai Z.well,hal rumahtangga kan sepatutnya tak boleh dibincang umum rite ? But nenek nih ada exclusion sebab,aku rasa dia tak tahu nak luah kat sapa,anak-anak dia kan tak tahu,rite ?

Dengar punya dengar cerita dia last-last terkeluar cerita ranjang.fuhh fuhh..telan air liur dalam hati bila aku dengar dia terlepas cakap..macam mana telan air liur dalam hati ? nanti aku buat tutorial naa !
aku pun palsukan gelak sebab nak cover malu..ranjang kot? Dia cerita barang suami dia dah 'mati'..

Dari pengamatan aku dan juga gabungan isi cerita nenek tu,suami dia mati-mati tak mengaku barang dia 'mati' ! Kalau aku jadi suami dia pun aku tak ngaku ! Kang kalau bakal isteri tahu,nak ker dia kat kita kan ?? Haa tengok kaum Adam semua mengganguk ! Suami dia bagi alasan kejap ok kejap tak ok .faham tak ? Fuhh blog aku dah kena tukar jadi 'adult content' kalau ada post camni selalu -.-
Nenek nih ada special gift,commonly bagi orang keturunan raja berdarah syed katakan..Dia tahu suami dia ada masalah tu sebelum diorang kahwin lagi.Cinta diorang nih macam cinta di lewat usia la..Even nenek tu tahu,dia tetap setuju untuk nikah sebab dia yakin dia sendiri mampu ubatkan suami dia.

Malangnya suami dia pulak bagi alasan macam-macam untuk mengelak dari buat rawatan batin.Disitu lah point masalah nenek tu.Nenek tu cakap masa mula-mula kahwin masih 'berfungsi' tapi makin lama makin 'mati'.Nenek tu gitau aku kalau dia report kat pejabat agama,suami dia memang kena lepaskan dia.Tapi aku tahu,nenek nih sayang suami dia,kalau tak,takkan dia sanggup sabar dengan karenah suami yang mati-mati tak ngaku barang dia 'mati' kan ? Sabar jelah.

Point yang aku nak ketengahkan disini,nenek nih berusaha tau nak sembuhkan suami dia means dia masih perlukan nafkah batin dari suami dia ! Seriously selama nih aku pikir golongan nenek takda nafsu..See ? kalau mak ayah atau nenek atuk moyang kita nak nikah,jangan lah dihalang dengan alasan anak-anak boleh jaga,tak perlu teman dah..Enough yah ? Tua-tua mana pun seseorang,beratus ribu cucu cicit dia ada,still dia perlukan seorang teman hidup yang boleh teman dia sepanjang hayat dia,regardless berapa ratus umur dia pun ! Keperluan syahwat,urusan kebajikan diri seseorang tu hanya boleh dipenuhi oleh teman hidup,bukan anak-anak,bukan cucu cicit..Orang tua takkan nak ngaku dia masih perlukan semua tu,most of folks akan diam diri ja bila keinginan diorang ditolak mentah anak-anak.Kesian kan ?Tak sepatutnya keinginan moyang nenek atuk mak ayah untuk bernikah di lewat usia ditentang anak-anak,be considerate ok ?

Penang dihantu-hantukan

4 balasan ikhlas
Assalamualaikum..Puji-pujian kepada Allah SWT kerana menurunkan titisan cinta dari si awan di pagi yang penuh barokah..kalau cukup 10 starter entri camni,ana dah boleh jadi ustaz jiwang. -.-

Dengan kesejukan menusuk paru-paru sebelah kiri,aku pun ternampak Mr Goo punya noti..ada someone mention aku dalam post satu site ni..so aku selak-selak la..terjumpa satu post yang menarik perhatian aku untuk di-parody-kan..hahakk tak lah..aku tak sekeji itu.keji?berat sangat perkataan tu.aku takda masa nak membahan-bahan sesuatu yang ilmiah.That blogger explain a list of what the penisular should know bout Sabah.Aku pun tertarik,ter-on-tow nak tahu that post babbling bout what actually.Boleh dikatakan post tu explain beberapa salah faham tentang Sabah..Go-go sabah go ! uhukk -.-

Aku bukan nak menciplak idea dia sebenarnya,aku cuma menyuntik isu yang diketengahkan saja.
Bacalah semua salah faham/misunderstanding terhadap Penang pulak ya ~ seriously ada yang pengalaman aku sendiri.



Loghat : " Orang Penang ker ni ? Patut la cakap pun lain "

hello?boleh saya buat pesanan pizza? -.- apa yang lain ?
tolong la.kenapa imaginasi orang luar bila mention kita orang Penang,tiba-tiba ja baru perasan loghat kita pelik,so i was thinkin that ' were they sleep along the whole coversation and just awake after knew i'm Penang guy? Erghh.



Makanan icon : "Orang Penang rupanya..kalau kahwin nanti tiap-tiap hari makan nasi kandaq la..ha.ha.ha.ha? "

- Excuse me ? Ya saya orang Penang tapi bukan tauke nasi kandar..
takda benda lain ka yang lebih menarik untuk jadi icon Penang instead nasi kandar mamak?
Such as Shafique Stevenson ka ? ahakk..bila aku dengar ja ayat camtu,aku tau apa depa pikiaq..



hello? asyik dengan mamak nasi kandar,kaum lain camna ??
mungkin diorang tak tahu yang Penang ada banyak lagi makanan ikon instead nasi kandar -.-

Popia Beratur



Laksa Penang







Nasi Ayam Penyet




Rojak Penang




Pasembur Penang






Char kue tiao Banjir Highway Corner


Penang dah maju..dah ada banyak variasi makanan..bukan macam dulu





Bangsa : Kebiasaan tanggapan orang luar

 Putih mata sepet = chinese
Gelap pekat = india
Sawo matang = Melayu
Putih hidung pasak = Pakistan

Sebenarnya banyak dah sepet-sepet kat sini dari Vietnam,Myanmar,Thailand
Sebenarnya banyak dah orang gelap pekat kat sini Mamak,Jawa
Sebenarnya ada kaum Bangladesh yang berkulit putih berhidung ala pakistan disini tapi hal yang kita boleh cam cuma bau badan mereka tidak dapat menipu -.-
Sebenarnya banyak dah kat sini Melayu putih gebu sejak kak ton muncul -.-


Aku lain la,campuran 2 negeri 2 negara,aku kan special edition punya kacukan..hahakk



Racist : " Penang sekarang bangsa cina jadi kaum major teraju ekonomi"

- Yess Penang kaya dengan peniaga berbangsa cina.Kaum-kaum lain juga berbisnes tapi tak setegar kaum cina.Mungkin kerana kesedaran kaum cina lebih tinggi berbanding kaum lain yang mungkin masih tidur kesenangan dengan duit cukup makan.
InsyaAllah apa pun bangsa kita,melayu,cina,india,sebagai seseorang yang menganut agama Islam,kita perlu berusaha mendapatkan rezeki yang bertebaran di muka bumi Allah secara halal.Persaingan yang sihat boleh memajukan semua pihak.






Di-hantu-kan means dipopularkan/dihebahkan dengan perkara tak betul/salah
(rujukan : kamus terbitan sendiri yang takkan pernah di-publish) -.-





when someone says 'Life is hard' . ask em' compared to what ?

2 balasan ikhlas

kalau kita berputus asa pada seseorang,kita boleh jauhkan diri dari dia,kita boleh cari pengganti.tapi kalau kita give up pada diri sendiri? totally aku dah surrender untuk sihat.

bila aku tak mau dengar nasihat,bukan bermaksud aku nafikan.aku tak suka ambil ubat doktor yang cuma boleh sesakkan trafic list penyakit aku -.-

aku letih berjuang untuk terapung sedang yang lain tak pernah berhenti tarik untuk aku tenggelam.
aku letih berperang dengan perasaan sendiri sedang orang lain sibuk analisa setiap tindakan aku,mereka bukan peduli setiap kesakitan aku.

aku tak merungut takdir yang Allah rencanakan untuk aku tapi aku terkilan sikap manusia sekeliling aku.
mereka menjerit berteriak sayang pada aku tapi lenyap tatkala aku meraung sakit ,aku sendiri.Sesungguhnya aku tak kecewa dengan ketentuan Allah dah tentukan untuk aku tapi kenapa mereka dingin begitu?

Aku kecewa dengan sikap CiptaanMu .. Bukan dengan Mu Ya Allah.Ya Robbhi,kurniakan mereka sedikit kefahaman,pengertian terhadap aku,bukan dingin menghakimiku,juga pada dia yang aku kasih,berikan dia kefahaman pada aku, pada hubungan kami ,bukan kedinginan tak berpenghujung tika aku menanggung sakit sendiri.






Saka Harimau

4 balasan ikhlas


nak cakap soal saka pun mesti la alignment tengah,baru standard.. -.-

Saka tu apadia ?

saka tu boleh dikatakan satu perjanjian mistik yang nenek moyang kita deal dengan jin.mungkin diorang buat perjanjian jaga keturunan,itu pasal ada kes yang sampai ke 7 keturunan terpaksa mewarisi saka tu.

Moyang shaf dipercayai orang-orang yang boleh menurun jugak la.tok shaf cerita moyang perempuan tu kalau marah persis harimau.shaf tak boleh bayangkan.sepanjang yang shaf perasan pasal tok shaf ni macam ada juga sikit tempias saka macam moyang shaf bila tok marah,shaf gerun gila..boleh terbirit-birit juga la seround..

Shaf juga diramal mewarisi la..bila shaf marah,shaf macam kena possess semacam.ok..minta Allah dijauhkan semua tu.Amin.Amin.Amin.Masa shaf 16 tahun shaf pernah jumpa seorang pengamal perubatan tradisional dalam daerah shaf jugak..Niat mulanya nak rawat sakit belakang shaf yang X-Ray berapa kali dah tak jugak nampak apa yang patah.Khabarnya shaf pun ada saka yang buat badan shaf sakit,muka tak bermaya.Shaf dengar tapi tak pula terima apa yang dia cakap bulat-bulat..

Jadi hari ni shaf rasa nak berkongsi pengetahuan pasal saka sakai sakae nih.You had better know than staying ignorant ? Cuba check wujud tak tanda-tanda dibawah ni dalam diri anda.

Antara tanda-tanda kecil yang dikhabar oleh Ustaz Sharhan Shafie :

- selalu bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
-selalu bermimpi berada di awang-awangan.
-sering bermimpi dikejar binatang/dipatuk ular

Tanda-tanda sahih seseorang itu pewaris saka :

- kerap bermimpi menerima bungkusan dari seseorang.
- mimpi menyusukan bayi atau melihat perbuatan itu dilakukan orang lain.
- ada lebam di badan setelah bangun tidur.
- rumahtangga sering bermasalah/ada anak yang degil.
- gemuruh/berdebar tanpa sebab.
- sakit sendi/buku lali yang perubatan moden tak dapat takrifkan apa penyakit tersebut.

Jika ada tanda-tanda diatas,anda disarankan :
- Segera berjumpa pengamal perubatan Islam yang bertauliah seperti Ustaz Sharhan
- Mendekatkan diri dengan Allah dengan cukupkan ibadah wajib,membaca Al-Quran dan amalan sunnah.
- Selidik salasilah keluarga macam shaf buat,tanya orang tua terdekat dalam keluarga kita.
- Jangan berhenti berusaha berubat untuk membuang saka.
- Amalkan ayat ke- 82 Surah Al-Isra' dan ayat ke-57 Surah Hud.

Slot tambah !
Saka ada jenis-jenis juga ! Harimau ,ular..tu jala yang shaf tau setakat ni..

Musafir Cinta dihujung Rindu

1 balasan ikhlas

Tuhan pimpin lah aku yang lemah mengharungi segalanya dengan sabar
Ku memohon pada Mu Tuhan moga diberi kesempatan merasa cinta manusia tanpa kecewa andai itu kehendak mu aku kan jatuh cinta lagi

Adakah mungkin dia kepunyaanku untuk aku jadikan insan bernama kekasih sejati
Pada Mu Tuhan aku meminta,kekasih yang ku damba kekal hingga ke syurga

Apa yang mampu ku persembah untuk dirinya hanya lah hati yang ikhlas mencintainya bukan kerana rupa atau harta yang sementara pinjamanMu Ya Rahhim

Sangat batin ku menginginkan seseorang untuk berpaut hati rapuh ,bahu untuk disandang tika aku lemah menahan titisan luka dari hati

Masih belum ku temu atau mata hati aku keliru dengan aturanMu Ya Robbi Ya Latiff
Belum cukup kah  kuat kesungguhanku niat untuk meletakkan dia bidadari hidup mati ku
Atau kesungguhan ku senipis kesabaranku Ya Rahman Ya Qabid ..

Ya Quddus aku hanya seorang hamba manja yang tak mahu dicuit sedikit luka untuk bahagia..Ya Muhaymin aku mahu cintanya,aku mahu menjadi penjaga hatinya Ya Fattah..

Ya Allah Ya Alim You’re The All Knowing..i love her with all my heart.
I can’t stand the pain but I want her.Ya Raqib..please give us the strength to live apart..since this love cause  so much pain when we’re together.

Beautiful Goodbye.

bila saya disahkan positif..

7 balasan ikhlas
Thalassemia
kelainan (aku tak suka sebut kecacatan ok) darah disebabkan oleh kurangnya penghasilan protein di dalam darah . Umumnya, thalassemia berpunca daripada pengurangan atau tiada sintesis rantaian protin alpha dan beta yang membentuk haemoglobin di dalam sel darah merah. Bagi penyakit thalassemia minor, pesakit tidak mempunyai symptom yang jelas dan selalunya hanya mengalami anemia yang lemah. Individu yang tidak mempunyai thalassemia dan tidak menunjukkan sebarang symptom ini di kategorikan sebagai pembawa thalassemia atau mempunyai sifat thalassemia beta . Manakala bagi pesakit thalassemia major, mereka tidak berupaya untuk menghasilkan sebarang hemoglobin ataupun hanya sedikit hemoglobin dan bersifat homozygote. 


Status Thalassemia
  #Pembawa/Pesakit minor
Pesakit minor memiliki tubuh yang sihat. 1:20 adalah nisbah pembawa gen thalassemia.Golongan ini sukar dikesan,perlu buat ujian darah naa. 

 #Penghidap/Pesakit major 
Pesakit major mempunyai tahap kesihatan yang berbahaya.Bila pasangan pesakit minor berkahwin,anak mereka berkemungkinan menjadi pesakit major.Pesakit major boleh dikesan sejak kanak-kanak lagi.Pesakit ini juga perlu melakukan tranfusi darah secara berterusan sejak disahkan menghidap.




##Penemuan baru: Thalassemia intermedia
status pesakit diantara pesakit major dengan minor.Pesakit golongan ini hanya perlu melakukan tranfusi darah bila perlu sahaja dan digalakkan mengambil suplemen penambah darah.

Simptom Thalassemia (menyerupai simptom Anemia)
#wajah pucat
#insomnia/sukar tidur
#tubuh mudah berasa letih
#kurang selera makan
#jantung berfungsi lebih kuat untuk hasilkan hemoglobin
#mengalami kerapuhan tulang dan kenipisan tulang kerana sumsum tulang yang berperanan penting dalam penghasilan hemoglobin.

Perubatan terkini
#Transfusi darah seumur hidup
atau
#Terapi chelation besi meningkatkan kepekatan besi hati (liver iron concentration - LIC) >5 mg Fe/g berat kering dan dikekalkan sehingga pesakit mencapai tahap <5 mg Fe/g berat kering.

 Pencegahan terkini
#mengadakan ujian saringan pada bakal pengantin
#mematikan janin yang disah thalassemia sejak dalam kandungan

Kata-kata penyedap hati sendiri dan individu senasib
" Tidak lah Allah berikan seseorang hambaNya itu suatu Ujian melainkan untuk mendekatkan lagi hamba itu kepadaNya"
 "Sesungguhnya Allah berikan ujian pada hambaNya mengikut kemampuan hambaNya"
ayat habis pasrah ni.sob.sob.sob.bye.status saya?rahsia.Assalamualaikum.
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be